Kempen Bayar Cukai Taksiran MBSJ di Aplikasi Shopee

•    MBSJ telah berkolaborasi dengan Shopee untuk kempen bayar Cukai Taksiran di  Aplikasi Shopee.
•    Tempoh kuatkuasa kempen : 90 hari / tiga (3) bulan  bermula dari 1 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022.

Tawaran Kempen

Baucer diskaun sebanyak 10% daripada jumlah bayaran cukai taksiran dengan nilai maksimum baucer diskaun RM5.00 (yang mana lebih rendah) kepada pembayar cukai di Aplikasi Shopee.

Syarat-syarat:

1.    Bayar cukai taksiran MBSJ di Aplikasi Shopee sepanjang tempoh kempen iaitu selama 90 hari bermula dari 1 Disember 2021 – 28 Februari 2022.
2.    Baucer diskaun adalah 10% daripada jumlah bayaran cukai taksiran dengan nilai maksimum baucer diskaun RM5.00 (yang mana lebih rendah)
3.    Setiap pelanggan Shopee hanya layak menebus 1 kali baucer diskaun sahaja sepanjang tempoh kempen.
4.    Baucer diskaun adalah terhad kepada 223 pelanggan yang terawal pada setiap hari sepanjang tempoh kempen.
5.    Pelanggan yang berjaya menerima baucer diskaun perlu membuat penebusan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran cukai taksiran di Shopee.

Bagaimana untuk membayar?

1.    Muat turun Aplikasi Shopee dan daftar keahlian.
2.    Tebus baucer diskaun pada banner MBSJ di bahagian ‘Tickets, Top-up & Bills’.
3.    Masuk pada bahagian ‘Tickets, Top-ups & Bills’.
4.    Pelanggan yang berjaya menerima baucer diskaun perlu membuat penebusan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran cukai taksiran di Shopee.
5.    Pilih ‘Bills’ – ‘Local Council’
6.    Pilih Majlis Bandaraya Subang Jaya dan masukkan 16 digit akaun cukai taksiran dengan betul  berserta jumlah bayaran.
7.    Masukkan baucer yang ditebus untuk mendapatkan diskaun.
8.    Tekan ‘Checkout’ dan teruskan proses bayaran.


Muat Turun Manual Cara Bayaran Cukai Taksiran MBSJ Di Shopee




MS