Anugerah Subang Jaya Gemilang Bersama (ASJGB) 2020/2021

Anugerah Subang Jaya Gemilang Bersama (ASJGB) 2020/2021 adalah merupakan pengiktirafan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) kepada komuniti yang terlibat dalam penyertaan awam dalam usaha menjadikan Bandaraya Subang Jaya antara penempatan manusia terbaik dan mampan bertaraf dunia. 

Pengiktirafan ke atas inisiatif-inisiatif awam ini adalah merupakan terjemahan ‘perkongsian wawasan bandar untuk semua’ yang akan membantu melonjakkan identiti Subang Jaya sebagai ‘Bandaraya Smart Vibrant’ dengan realiti sebagai sebuah bandaraya yang hidup (lively), bersemangat (high spirit), bertenaga (energetic), mesra (friendly), hijau (green) dan pintar (smart).

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua Agensi Kerajaan, Agensi Swasta (Pemaju, Premis Komersial/ Business Community), Institusi Pendidikan (IPTA, IPTS, Sekolah) dan Pihak Awam (Orang Awam, Persatuan Penduduk, NGO, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), dll) di bawah pentadbiran MBSJ.

Maklumat lengkap beserta borang pencalonan ASJGB 2020/2021 boleh dimuat turun di sini.

MUAT TURUN SYARAT LENGKAP & BORANG PENCALONAN ASJGB 2020/2021

MS