DASAR KUALITI

“Kami prihatin dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang optimum dan cemerlang kepada seluruh pelanggan menerusi konsep penambahbaikan berterusan berteraskan kepada aplikasi pendekatan sistem pengurusan kualiti yang mantap untuk menjadi sebuah pbt terunggul di malaysia dari aspek perkhidmatan bandaraya, pengurusan landskap, percukaian taksiran, kutipan hasil, penguatkuasaan undang-undang, penyelenggaraan infrastruktur, perancangan pembangunan, kemudahan rekreasi dan khidmat kemasyarakatan dengan penuh dedikasi, efisyen dan berintegriti”.

DASAR ANTIRASUAH

“MBSJ komited ke arah pengukuhan integriti dengan mengaplikasikan konsep penambahbaikan berterusan berteraskan sistem pengurusan antirasuah bagi memenuhi keperluan stakeholders”.

DASAR PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT

“Menyediakan pelan pengurusan keselamatan maklumat yang komprehensif untuk melindungi perkhidmatan sistem pengurusan keselamatan maklumat”.

DASAR PENGURUSAN KEWANGAN BERASASKAN SYARIAH

“Kami prihatin dan komited  untuk memberikan perkhidmatan kewangan yang cemerlang kepada seluruh pelanggan menerusi pendekatan sistem pengurusan kualiti yang berasaskan syariah serta menambahbaik secara berterusan untuk menjadi sebuah pbt terunggul di malaysia dari aspek pengurusan kewangan”.
MS