MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA

JAWATAN KOSONG


Warganegara Malaysia yang terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak seperti berikut:

 
 

 BIL

 JAWATAN

 GRED

KEKOSONGAN

 TETAP

KONTRAK

 A.

 GRED LANTIKAN

1.

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

FA29

-

1

2.

JURUTEKNIK KOMPUTER

FT19

-

1

3.

PEMANDU KENDERAAN

H11

-

3

 B.

 GRED KENAIKAN PANGKAT

1.

PEMANDU KENDERAAN

H14

1

-

  

 SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN


Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa ke semasa.
 
PERHATIAN KEPADA PEMOHON :

a. Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila muat turun Manual Tatacara Permohonan Jawatan Kosong
b. Permohonan yang memiliki syarat-syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.  Pihak MBSJ akan menghantar e-mel kepada calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung seperti berikut:-
i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.
ii. Salinan Sijil berhenti Sekolah Rendah, Menengah dan Sijil-sijil yang berkaitan.
iii.  Salinan Kelulusan Akademik SRP/PMR, SPM/SPVM, STPM, STAM,Sijil-Sijil, Diploma, atau Ijazah (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).
iv. Borang pemastautin daripada Penghulu Setempat. (Sekiranya tuan/puan, ibu/bapa bukan Anak Selangor)
c. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ’A’ 1973 dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi / tidak memenuhi syarat akan ditolak.
ii. Hanya calon-calon yang layak dan lulus tapisan sahaja  akan dipanggil temu duga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima  jawapan selepas tiga (3)  bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
d. Tarikh tutup permohonan pada 20 SEPTEMBER 2021
 KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR ATAU IBU/ BAPA DILAHIRKAN DI SELANGOR.
MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG


 

MS