Kempen Bayar Cukai Taksiran MBSJ di Aplikasi Shopee

Terma & Syarat

• MBSJ telah berkolaborasi dengan Shopee untuk kempen bayar Cukai Taksiran di Aplikasi Shopee.
• Tempoh kuatkuasa kempen : 92 hari / tiga (3) bulan  bermula dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Ogos 2022.

Tawaran Kempen
Baucer diskaun sebanyak 20% daripada jumlah bayaran cukai taksiran dengan nilai maksimum baucer diskaun RM5.00 (yang mana lebih rendah) kepada pembayar cukai di Aplikasi Shopee.

Syarat-syarat:

1.    Bayar cukai taksiran MBSJ di Aplikasi Shopee sepanjang tempoh kempen iaitu selama 92 hari bermula dari 1 Jun 2022 – 31 Ogos 2022.
2.    Baucer diskaun adalah 20% daripada jumlah bayaran cukai taksiran dengan nilai maksimum baucer diskaun RM5.00 (yang mana lebih rendah).
3.    Setiap pelanggan Shopee hanya layak menebus 1 kali baucer diskaun sahaja sepanjang tempoh kempen.
4.    Pelanggan yang berjaya menerima baucer diskaun perlu membuat penebusan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran cukai taksiran di Shopee.

Bagaimana untuk membayar?

1.    Muat turun Aplikasi Shopee dan daftar keahlian.
2.    Tebus baucer diskaun pada banner MBSJ di bahagian ‘Tickets,Top-up & Bills’.    
3.    Masuk pada bahagian ‘Tickets, Top-ups & Bills’.
4.    Pelanggan yang berjaya menerima baucer diskaun perlu membuat penebusan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran  cukai taksiran di Shopee.
5.    Pilih ‘Bills’ – ‘Local Council’
6.    Pilih Majlis Bandaraya Subang Jaya dan masukkan 16 digit akaun cukai taksiran dengan betul berserta jumlah bayaran.
7.    Masukkan baucer yang ditebus untuk mendapatkan diskaun.
8.    Tekan ‘Checkout’ dan teruskan proses bayaran.

MS