TARIKH IKLAN : 27 SEPTEMBER 2024
TARIKH TUTUP IKLAN : 18 OKTOBER 2024 12.00 TENGAH HARI
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN (PELUPUSAN KENDERAAN MBSJ BIL. 1/2024)
1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:
Bil. |
No. Sebut harga |
Keterangan Aset |
Tahun |
Harga Simpanan (RM) |
Muat Turun Dokumen |
1. |
MBSJ.KUB.400-5/6/473 |
BKM 2564 - PROTON SAGA 1.3 (A) |
2009 |
1,500.00 |
Muat Turun Dokumen |
2. Aset kenderaan boleh dilihat pada 27 September 2024 hingga 18 Oktober 2024 di antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Bengkel Kejuruteraan MBSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor.
3. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut harga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 28) dan boleh diperolehi di lokasi seperti berikut:-
i. | Bengkel Kejuruteraan MBSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor |
ii. | Laman Web Majlis Bandaraya Subang Jaya di www.mbsj.gov.my |
iii. | Laman Web e-tender Selangor di https://tender.selangor.my |
4. Dokumen Tawaran Sebut harga dengan maklumat yang lengkap termasuk lampiran-lampiran yang berkaitan hendaklah dibuat secara berasingan bagi setiap satu kenderaan menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebut harga seperti dinyatakan di iklan tawaran serta di alamatkan kepada :-
Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Aras 3,
Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5,
47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
5. Sampul surat Dokumen Tawaran Sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang bertempat di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Aras 3, Majlis Bandaraya Subang Jaya,Persiaran Perpaduan, USJ 5,47610 Subang Jaya,Selangor Darul Ehsan.
TARIKH TUTUP TAWARAN : 18 OKTOBER 2024 12.00 TENGAH HARI. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya Dokumen Tawaran Sebut harga yang lengkap dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga sahaja yang akan dipertimbangkan dan Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap penghantaran Dokumen Tawaran Sebut harga yang tidak dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga.
7. Tawaran Sebut harga ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada Syarat Dan Peraturan Sebut Harga Pelupusan Kenderaan MBSJ seperti di Lampiran dan petender adalah dinasihatkan agar membaca dengan teliti, memahami dan mematuhi semua Syarat Dan Peraturan Sebut Harga seperti yang telah ditetapkan tersebut.
SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA PELUPUSAN KENDERAAN MBSJ | |
1 | Semua aset kenderaan tersebut akan dijual tertakluk kepada harga simpanan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). |
2 | Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap satu aset. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk draf bank sahaja atas nama MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA yang perlu disertakan bersama-sama Dokumen Tawaran Sebut harga dan juga dokumen lampiran yang berkaitan. (bayaran secara Tunai/Wang Pos/Cek dan lain-lain adalah tidak diterima) |
3 | Tawaran tanpa / kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan. |
4 | Dokumen tawaran petender bagi setiap kenderaan wajib disertakan Borang Tuntutan Cagaran dan Borang Pendaftaran Maklumat Syarikat / Individu yang telah lengkap diisi dan dilampirkan bersama salinan kad pengenalan, penyata bank dan salinan sijil SSM (syarikat sahaja). |
5 | Semua aset kenderaan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis) dan pihak MBSJ tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang dijual tersebut. |
6 | Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset kenderaan seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut keluar dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri. |
7 | Sekiranya penyebut harga tidak mendapat sebarang jawapan atau maklumbalas daripada MBSJ dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, maka tawaran petender dianggap tidak berjaya dan pemulangan wang cagaran deposit akan dibuat kepada penyebut harga dalam tempoh yang sama. |
8 | Hanya penyebut harga yang berjaya sahaja yang akan dihubungi dan dikehendaki membuat pembayaran penuh dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan keputusan / surat tawaran penjualan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, tawaran penjualan akan terbatal dan deposit sebut harga juga tidak akan dikembalikan. |
9 | Penyebut harga yang berjaya hendaklah mengambil / membawa keluar aset tersebut dari premis MBSJ dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh bayaran penuh dibuat dan seterusnya menguruskan urusan PUSPAKOM (sekiranya berkaitan) bagi keperluan urusan selanjutnya (pertukaran hakmilik). |
10 | Urusan pertukaran hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) oleh MBSJ adalah tertakluk kepada penyelesaian urusan PUSPAKOM oleh penyebut harga. (sekiranya berkaitan). Penyebut harga akan dimaklumkan untuk membuat urusan ‘thumbprint’ pemunya baru di JPJ (slip pengesahan tukar hakmilik JPJ akan diberikan) setelah urusan ‘thumbprint’ pemunya lama (MBSJ) selesai di JPJ. |