TARIKH IKLAN : 24 NOVEMBER 2022
TARIKH TUTUP PETI : 06 DISEMBER 2022 12.00 TENGAH HARI
 

PELAWAAN PENJUALAN PELUPUSAN KENDERAAN BURUK JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA BIL. 5/2022

Salam sejahtera dan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.1 Tarikh Lawatan Tapak : 29 NOVEMBER 2022 (SELASA)
2.2 Masa : 10.00 pagi 
*Pihak syarikat diwajibkan menghadiri sesi lawatan tapak membawa bersama cap syarikat dan hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan.  
2.3 Lokasi Pertama (Berkumpul)  : Depoh Tunda Puchong Utama, 
Pejabat Cawangan Puchong, Jalan Utama 2/5, Taman
Perindustrian Maju Jaya Batu 14, 47100     
Puchong, Selangor 
(Belakang Petron Puchong Utama)
2.4 Lokasi Penempatan kenderaan buruk seperti jadual di bawah :

Bil.

Depoh Tunda

Kuantiti

Kenderaan dan Lain-Lain

Motosikal

1.

Puchong Utama

94

40

2.

Seri Puchong

42

-

3.

USJ 19

67

-

4.

Taman Perindustrian 3 (TP 3)

31

-

5.

Bukit Serdang

31

-

Jumlah

265

40

MUAT TURUN SENARAI KENDERAAN UNTUK DIJUAL

3.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
 

i.  Semua individu/wakil pembeli yang hadir semasa sesi lawatan tapak mesti telah lengkap vaksinasi 2 dos suntikan Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac (selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua).
ii.  Semua individu/pihak yang terlibat semasa sesi pengambilan kenderaan bagi  pembeli yang berjaya memenangi sebut harga mesti telah lengkap vaksinasi 2 dos suntikan Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac (selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua).
iii.  Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat. (as-is-where-is-basis)
iv.  MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya.
v. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
vi. Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh.
vii. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak pembeli secara bertulis/emel, pihak pembeli boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ.
viii. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan.

4.    Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut : 
 

i. Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut
ii. Salinan sijil SSM
iii. Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang :
221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) Atau
221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit).
iv. Profil syarikat
v.  Permit Polis
vi. Surat Akuan Pembida (Lampiran F) Klik untuk muat turun.

5.    Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;

        Peti Sebut Harga
        Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
        Majlis Bandaraya Subang Jaya,
        Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
        Selangor

TARIKH TUTUP PETI : 06 DISEMBER 2022 12.00 TENGAH HARI

MUAT TURUN SURAT AKAUN PEMBIDA (LAMPIRAN F) 


MS