TARIKH IKLAN : 14 SEPTEMBER 2022
TARIKH TUTUP  : 28 OKTOBER 2022 JUMAAT (SEBELUM 4.00 PETANG)

PELAWAAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN 1 UNIT TADIKA 

Lokasi  :  Jalan Prima 7/1, Taman Puchong Prima
Keluasan :  2,380 kaki persegi
Kaedah Penyewaan :  Penyewaan dan Pengurusan Satu (1) Unit Tadika
Tempoh Sewa :  Dua (2) + Satu (1) Tahun
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Oktober 2022 (Jumaat) (Sebelum 12.00 tengahari)
Dokumen Yang Perlu Disertakan :  Borang yang dilengkapkan, Profil Syarikat, Sijil Pendaftaran Perlu Disertakan Pendaftaran Syarikat, Penyata Akaun Bank Terkini (3 bulan) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Kadar Sewa Minimum : RM 1,500.00 sebulan
Jangkaan Mula Sewa :  1 Disember 2022
Muat Turun Borang Borang Permohonan Penyewaan Hartanah Milik MBSJ Permohonan Atas Nama Syarikat

Lawatan tapak dibuka kepada pengusaha dan orang awam pada 28 September 2022 (Rabu) jam 10.00 pagi – 12.00 tengahari.  Pemohon yang berminat boleh terus ke lokasi yang dinyatakan untuk melihat keadaan fizikal aset.

Pengusaha yang dipilih juga akan bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan di atas termasuk kerja-kerja pembersihan tapak, pembaikan premis, tandas dan taman permainan serta pembayaran bil-bil utiliti sepanjang tempoh sewaan.

Kadar sewa minimum yang ditetapkan adalah RM 1,500.00. Pihak pemohon boleh dan digalakkan untuk menawarkan kadar sewa yang sewajarnya melebihi kadar sewa minimum yang ditetapkan.

Borang permohonan boleh didapati dengan mengimbas ‘QR Code’ di sebelah. Tawaran penyewaan/borang serta cadangan perniagaan dan butiran syarikat perlu dimasukkan di dalam sampul surat yang berlakri dan dihantar kepada alamat di bawah:-

Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan, USJ 5
47610 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan


Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, MBSJ
03-8026 7425 / 3108 / 4021


MS