MS



Pengurusan Sisa Industri dan Perdagangan MPSJ

1. Definisi - Sisa perindustrian dan perdagangan (di bawah pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan) ialah apa-apa sisa yang dihasilkan semasa aktiviti perindustrian. ini termasuk semua bahan yang sudah tidak digunakan lagi hasil proses pembuatan dan aktiviti jual beli. Sisa jenis ini tidak termasuk dalam kategori Buangan Terjadual. Contoh sisa perindustrian dan perdagangan ialah palet kayu, polisterin, reja-reja besi, plastik, kotak dan sebagainya.

2. MPSJ telah melantik kontraktor panel sisa industri (2017 - 2019). Penyertaan dibuka kepada mana-mana kontraktor yang berminat dan mempunyai KEUPAYAAN untuk memberi perkhidmatan pelupusan sisa industri dan perdagangan di kawasan pentadbiran MPSJ.

3. Kelulusan menjadi panel ini TERTAKLUK kepada kemampuan dan keupayaan pihak kontraktor iaitu memiliki logistik yang mencukupi (lori, tong roro, depoh), tenaga kerja dan lokasi pelupusan sisa diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Selangor.

4. Bagi Pembaharuan Lesen Perniagaan MPSJ 2017, senarai kontraktor panel sisa industri telah mula digunapakai dan dijadikan syarat  pembaharuan lesen perniagaan 2017 bagi semua pengusaha industri dan perdagangan di kawasan MPSJ.

5. Bagi menangani masalah pelupusan sampah industri dan perdagangan yang tidak teratur serta memastikan sisa industri dilupuskan dengan cara yang betul, setiap pengusaha/pemegang lesen perindustrian dan komersial (yang berkaitan) DIWAJIBKAN untuk melantik kontraktor daripada senarai Kontraktor  Panel Sisa Industri MPSJ (2017- 2019).

6. Kategori industri dan perdagangan yang terlibat adalah:
i.  Industri - semua jenis industri
ii. Perdagangan - semua jenis perdagangan

UUK 12 Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan 


Peruntukan Undang - Undang

Sampah Sarap (MPSJ) 2007 menyatakan:
“pembuangan atau pelupusan buangan perindustrian atau buangan perdagangan hendaklah di tempat longgokan sampah yang diselenggara oleh Majlis atau dengan cara yang ditetapkan oleh Majlis” .Pihak Majlis telah menetapkan penggunaan Kontraktor Panel Sisa Industri & Perdagangan MPSJ sebagai cara pengurusan sisa perindustrian dan perdagangan di seluruh kawasan pentadbiran MPSJ. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan lesen perniagaan tidak diperbaharui dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPSJ) 2007

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM 500 atau denda tidak melebihi RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. Denda RM 200 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan.  
 


Senarai Kontraktor Panel Sisa Industri & Perdagangan MPSJ

Anda boleh berurusan dengan mana-mana kontraktor berikut. Semua urusan bayaran/caj perkhidmatan adalah antara pihak pengusaha dengan kontraktor yang dilantik.
Total votes: 0