PUSAT BIOMASS BERSEPADU MBSJ
Pusat Biomass Bersepadu MBSJ mula beroperasi pada bulan Oktober 2013. Biomass merupakan bahan organik daripada hidupan seperti tumbuhan/ haiwan/ sisa makanan/ sisa kumbahan najis dan lain-lain yang dijadikan sumber tenaga melalui proses perubahan bentuk seperti kompos dan biogas.
Aktiviti Di Pusat Biomass
1. Projek Kompos Sisa Kebun
Sisa kebun (penyelenggaraan landskap oleh kontraktor MPSJ) diproses secara semulajadi untuk dijadikan kompos
2. Projek Kompos Vermi
Sisa daun kering (aktiviti pembersihan kawasan) dihancurkan dan dikompos menggunakan cacing jenis African Night Crawler.
* Produk kompos boleh didapati dalam 2 jenis bungkusan iaitu 1kg dan 10kg. Harga jualan kompos adalah seperti berikut:
Jenis Kompos | Harga |
Kompos Sisa Kebun | RM 5.00 / Kg |
Kompos Vermi | RM 12.00 / Kg |
Jadual Operasi Pusat Biomass | |
Isnin - Khamis | 9.30 Pagi - 4.30 Petang (Rehat 1.00 - 2.00 Petang) |
Jumaat | 9.30 Pagi - 4.30 Petang (Rehat 12.00 Tengahari - 2.45 Petang) |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
Kitar Semula Minyak Masak Terpakai
Minyak masak terpakai boleh diproses menjadi biodiesel dan penduduk digalakkan untuk menghantar minyak masak terpakai ke Pusat Biomass Bersepadu MBSJ. Harga belian minyak masak terpakai ialah RM0.80/kg.Alamat Pusat Biomass Bersepadu
Pusat Biomass Bersepadu MBSJ,
Jalan BP 4/1, Bandar Bukit Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Puan Suzana binti Ibrahim 03-80264366 atau
Puan Rozaini binti Zambahari 03-80263180