PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP 3.0) HAD KEMASUKAN KE KREMATORIUM BATU 14

Merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) terkini, dimaklumkan bahawa kemasukan ke Krematorium Batu 14  akan di hadkan kepada orang ramai pada satu-satu masa. 
Bagi proses pembakaran mayat, jumlah kemasukan adalah tidak melebihi daripada 5 orang sahaja bagi satu-satu masa. Sebarang kemasukan ke kawasan Krematorium Batu 14 ini, perlu melaksanakan imbasan QR Kod MYSejahtera dengan merekodkan nama, no kenderaan, no. telefon, masa masuk/keluar setiap masa di pondok keselamatan.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0 dilanjutkan bermula 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021

Maklumat lanjut mengenai SOP penuh PKP 3.0 boleh diakses di laman sesawang MKN www.mkn.gov.my dan media sosial rasmi MBSJ. 

Walau bagaimanapun, MBSJ masih boleh dihubungi di Pusat Panggilan dan Kawalan MBSJ (Command Center) di talian 03 8024 7700 seperti berikut:-

i)    Urusan Pejabat                                  : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
ii)    Kecemasan dan Bencana Alam     : 8.00 pagi hingga 8.00 malam

ARAHAN
DATUK BANDAR 
MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA

MS