PENUTUPAN AKTIVITI PASAR MALAM DAN KEBENARAN AKTIVITI PASAR, MEDAN SELERA, KIOSK & PENJAJA 

Merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) terkini,dimaklumkan bahawa Penutupan Sementara Aktiviti Pasar Malam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Walau bagaimanapun, pengecualian penutupan diberikan kepada pemegang permit / lesen seperti berikut:-

BIL

KATEGORI LESEN

AKTIVITI YANG DIBENARKAN

WAKTU YANG DIBENARKAN BEROPERASI

1.

Pasar Pagi

Jualan makanan siap dimasak dan barangan basah sahaja (ikan, daging, ayam, itik, sayur, buah-buahan, makanan sejuk beku dan barang runcit).

6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

2.

Pasar Awam

Jualan barangan basah (ikan, daging, ayam, itik, sayur, buah-buahan, makanan sejuk beku dan barang runcit).

6.00 pagi hingga 2.00 petang

3.

Medan Selera MBSJ

Take Away Sahaja

8.00 pagi hingga 8.00 mlm

4.

Penjaja Sementara

5.

Trak Bergerak

6.

Kiosk MBSJ

Pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya akan mengambil tindakan penutupan jika terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) daripada peniaga atau pengunjung.
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0 dilanjutkan bermula 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021


Maklumat lanjut mengenai SOP penuh PKP 3.0 boleh diakses di laman sesawang MKN www.mkn.gov.my dan media sosial rasmi MBSJ. 

Walau bagaimanapun, MBSJ masih boleh dihubungi di Pusat Panggilan dan Kawalan MBSJ (Command Center) di talian 03 8024 7700 seperti berikut:-

i)    Urusan Pejabat                                  : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
ii)    Kecemasan dan Bencana Alam     : 8.00 pagi hingga 8.00 malam

ARAHAN
DATUK BANDAR 
MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA

MS