Tatacara Penerimaan Penyerahan Permohonan Di Kaunter MBSJ Sepanjang PKP

Selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara berkuatkuasa 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 dan peningkatan kes positif yang mendadak setiap hari. MBSJ mengambil langkah keselamatan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dengan melaksanakan kaedah ‘contact less’ bagi permohonan lesen perniagaan, pindah milik harta dan sebagainya. Pelanggan boleh menyerahkan dokumen secara drop off dalam kotak yang disediakan di Pintu Masuk 2 sepanjang tempoh PKP ini berkuatkuasa untuk tindakan jabatan yang berkaitan. 

Untuk makluman, pejabat majlis masih beroperasi tetapi pelanggan digalakkan untuk berurusan dengan MBSJ menggunakan perkhidmatan atas talian di Portal Ezy MBSJ iaitu https://ezy.mbsj.gov.my/  dan Mesin Kios MBSJ. 

Bagi kemudahan pelanggan, MBSJ telah mengenal pasti sebanyak 20 jenis urusniaga yang boleh dilaksanakan melalui kaedah drop off box, temujanji, layanan terus (Kaunter Informasi) dan kaunter bayaran (Kaunter Depoh Tunda) sepanjang tempoh PKP 3.0 dilaksanakan. Kaunter Informasi, Kaunter Depoh Tunda dan cawangan beroperasi bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang sahaja.  Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Kawalan (Command Center) MBSJ di talian 03 8024 7700. Senarai urusniaga tersebut adalah seperti berikut:-

MS