6. TAPAK TEMPAT LETAK KENDERAAN UNTUK DI SEWA LOT 38530 JALAN DELIMA 1/3, TAMAN PERINDUSTRIAN SUBANG HI-TECH. 

1. Salam sejahtera dan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

i. Lokasi : Lot 38530 Jalan Delima 1/3, Taman Perindustrian Subang Hi-Tech, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 
ii. Kaedah Penyewaan : Penyewaan Keseluruhan Tapak Tempat Letak Kenderaan berkeluasan 5,394.00 meter persegi / 1.35 ekar.
iii. Keluasan Tapak : 5,394 Meter Persegi
iv. Tempoh Sewa : Dua (2) Tahun
v. Tarikh Tutup Permohonan : 29 Oktober 2021 (Jumaat) ( Sebelum 5.00 Petang )
vi. Dokumen Yang Perlu Disertakan : Surat Permohonan, Profil Syarikat, Kadar Sewa Yang Ditawarkan, dan Konsep Perniagaan Yang Akan Dijalankan
vii. Jangkaan Mula Sewa : 1 Disember 2021

2.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
 

i.  Pengusaha yang berminat dinasihati agar melihat sendiri tapak tersebut.
ii.  Pengusaha juga akan bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan  di atas tanah termasuk kerja-kerja pembersihan tapak, pembaikan premis dan penyelenggaraan tapak tempat letak kereta serta pembayaran sewa dan bil-bil utiliti sepanjang tempoh sewaan.
iii. Tawaran penyewaan serta cadangan perniagaan dan butiran syarikat yang lengkap perlu dimasukkan di dalam sampul surat yang berlakri dan dimasukkan ke dalam ‘drop box’ Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di lobi Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Subang jaya atau pos kepada alamat di bawah :-

       
Peti Sebut Harga
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan, USJ 5
47610 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

SEBARANG PERTANYAAN,
SILA HUBUNGI:
03-80263108  /4339/4021
Pn. Nadia/En. Zulfakar/Pn. Mazwin
 


MS