TARIKH IKLAN : 16 MEI 2023
TARIKH TUTUP PETI : 30 JUN 2023 (JUMAAT) (SEBELUM  4.00 PETANG)
 

Tawaran Pelawaan Penyewaan Dan Pengurusan Bangunan Hotel, Pejabat Urusan Dan Dewan Di Kompleks 3K, Subang Jaya

 
TERMA DAN SYARAT :
Lokasi : Bangunan Hotel (termasuk Pejabat Urusan dan Dewan) di Kompleks Kemudahan dan Kemasyarakatan (3K), Jalan SS 13/3,  SS 13, 47500, Subang Jaya, Selangor
Tempoh Sewaan : Tiga (3) Tahun + Tiga (3) Tahun + Tiga (3) Tahun 
Tarikh Lawatan Tapak

: Sesi lawatan tapak untuk permohon-pemohon yang berminat akan diadakan pada 31 Mei 2023 (Rabu) jam 10.00 pagi – 12.00 tengahari.

Tarikh Tutup Permohonan

: 30 JUN 2023 (JUMAAT) (SEBELUM  4.00 PETANG)

Dokumen Yang Perlu Disertakan

i.   Profil Syarikat  berserta Sijil Pendaftaran Syarikat, Form Perlu Disertakan 49 dan Penyata Bank Terkini 3 bulan
ii.  Laporan Kajian Kemungkinan (Pendapatan dan Perbelanjaan)
iii. Konsep Perniagaan Yang Akan Dijalankan
iv.  Kadar Sewa Yang Ditawarkan

Pengusaha yang berjaya juga akan bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan tapak di atas termasuk kerja-kerja pembersihan tapak, pembaikan bangunan, tandas, tempat letak kereta dan lain – lain ruang kegunaan serta pembayaran bil-bil utiliti sepanjang tempoh sewaan.

Pengusaha yang berjaya perlu membayar kadar bayaran sewa tahunan kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor berjumlah RM 9,430.00 (bermula tahun mula sewa sehingga tamat).

Kaedah penyewaan adalah secara ‘as where is basis’.

Maklumat harta boleh didapati dengan mengimbas ‘QR Code’ , Tawaran serta cadangan perniagaan dan butiran syarikat perlu dimasukkan di dalam sampul dan dihantar kepada alamat di bawah :-

MAKLUMAT HARTA

 Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan USJ 5
47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
03 – 8026 7425
03 – 8026 4339
03 – 8026 4021
MS