TARIKH IKLAN : 14 SEPTEMBER 2022
TARIKH TUTUP  : 14 OKTOBER 2022 JUMAAT (SEBELUM 4.00 PETANG)

TAWARAN PENYEWAAN KAFETERIA, ARAS G, KOMPLEKS 3C 


Salam sejahtera dan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Lokasi :  Kafetaria, Aras G, Kompleks 3C, Jalan PJS 11/2, Taman Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Keluasan:  Keseluruhan 371.37 kaki persegi / 49.71 kaki persegi (stor)
Kemudahan:  Stor, dapur, sinki, ventilator, kaunter dan ruang makan
Tempoh Sewa:  Dua (2) + Satu (1) Tahun
Tarikh Tutup Permohonan: 14 Oktober 2022 (Jumaat) (Sebelum 4.00 petang)
Dokumen Yang Perlu Disertakan:  Borang yang dilengkapkan, Profil Syarikat, Sijil Pendaftaran Perlu Disertakan Pendaftaran Syarikat, Penyata Akaun Bank Terkini (3 bulan) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Kadar Sewa Minimum: RM700.00 (termasuk bil utiliti air dan eletrik)
Jangkaan Mula Sewa:  1 Disember 2022
Muat Turun BorangBorang Permohonan Penyewaan Hartanah Milik MBSJ Permohonan Atas Nama Syarikat
Borang Permohonan Penyewaan Hartanah Milik MBSJ Permohonan Persendirian

Lawatan tapak dibuka kepada orang awam pada setiap hari Rabu sehingga tarikh tutup iklan bermula 2.30 petang – 4.00 petang.  Pemohon yang berminat boleh terus ke lokasi yang dinyatakan untuk melihat keadaan fizikal aset.

Pengusaha yang dipilih juga akan bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan di atas termasuk kerja-kerja pembersihan tapak dan pembaikan premis sepanjang tempoh sewaan.

Kadar sewa minimum yang ditetapkan adalah RM 700.00. Pihak pemohon boleh dan digalakkan untuk menawarkan kadar sewa yang sewajarnya melebihi kadar sewa minimum yang ditetapkan.

Tawaran penyewaan serta cadangan perniagaan dan butiran syarikat perlu dimasukkan di dalam sampul surat yang berlakri dan dihantar kepada alamat di bawah:-

Peti Sebut Harga
Jabatan Pembangunan Masyarakat
Kompleks 3C , Aras G, Jalan PSJ 11/2
Taman Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor

Jabatan Pembangunan Masyarakat, MBSJ
03-5637 0279 / 03-5637 8754


MS