BUTIRAN PERMOHONAN

Lokasi  :  Medan Selera  Jalan Serdang Selatan, Taman Sri Serdang (Tasik)
Kadar Sewa Minimum :  RM 400.00
Tempoh Sewaan : Tiga (3) Tahun.
Bilangan Gerai : 10 unit
Jenis Perniagaan :  Makanan / Minuman
Tarikh Tutup Permohonan :  19 April 2023 (Jumaat) (Sebelum 12.00 tengahari)

TERMA & SYARAT

1.

Keutamaan permohonan kepada anak Selangor dan individu yang bermastautin di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya.

2.

Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan 1 (satu) permohonan sahaja.

3. Dokumen yang tidak lengkap akan DITOLAK.
4.

Pemohon diminta untuk melihat sendiri lokasi yang dimohon dan menu yang dicadangkan perlu berlainan dengan menu  sedia ada.

5.

Dokumen yang diperlukan    :

1 salinan kad pengenalan pemohon dan salinan bil utiliti
1 gambar ukuran passport
Salinan Kursus Makanan dan Sijil Suntikan Typhoid (jika ada)

6.

Borang  permohonan  boleh diperolehi di QR Code yang tertera. Pemohon  diminta  untuk  mengisi   kadar  sewaan yang ditawarkan yang tidak boleh kurang daripada kadar sewa minimum yang ditetapkan.

7.

Keutamaan permohonan kepada anak tempatan dan pemohon yang tidak mempunyai pekerjaan tetap / mempunyai pengalaman yang berkaitan  dengan Jenis Perniagaan yang dimohon.

8.

Tarikh tutup permohonan : 19 April 2024 (Jumaat) jam 12.00 tengahari.

9.

Muat Turun Dokumen

Borang  permohonan  yang  lengkap  perlu  dimasukkan  di dalam  sampul  surat dan  dimasukkan ke dalam  Peti Tender  Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 2,  Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Subang Jaya. Sebarang kelewatan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. Sampul surat hendaklah dialamatkan kepada :

ALAMAT

Peti Sebut Harga 
Jabatan Khidmat Pengurusan
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan USJ 5
47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

SEBARANG PERTANYAAN

SILA HUBUNGI :
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

03 – 8026 3110
03 – 8026 3117
03 – 8026 7425

 

MS