BUTIRAN PERMOHONAN

Lokasi :  Medan Selera Puchong Permai, 47150 Puchong Selangor Darul Ehsan
Kadar Sewa Minimum:  RM 350.00 sebulan
Tempoh Sewa:  Dua (2) Tahun
Bilangan Gerai  :  20 Unit Gerai
Jenis Perniagaan:  Makanan / Minuman
Tarikh Tutup Permohonan  10 September 2021 (Jumaat) jam 12.00 tengahari

TERMA & SYARAT

1. Keutamaan permohonan kepada anak Selangor dan individu yang bermastautin di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang  Jaya.

2. Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan 1 (satu) permohonan sahaja.

3. Dokumen yang tidak lengkap akan DITOLAK.

4. Dokumen yang diperlukan : 
    - 1 (SATU) salinan kad pengenalan pemohon dan salinan bil utiliti
    - 1 (SATU) gambar berukuran passport

5. Borang  permohonan  boleh  didapati  menerusi  laman  web  MBSJ (Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta – Bahagian  borang)   atau   di Jabatan   Penilaian   dan    Pengurusan   Harta,  Aras 2,  MBSJ.  Pemohon  diminta  untuk  mengisi  kadar  sewaan yang ditawarkan yang tidak boleh kurang daripada kadar sewa minimum yang ditetapkan. 

6. Keutamaan permohonan kepada pemohon yang tidak mempunyai pekerjaan tetap / mempunyai pengalaman dalam  perniagaan  makanan dan penjaja jalanan.

Borang permohonan yang lengkap perlu dimasukkan di dalam sampul surat yang berlakri dan dimasukkan ke dalam ‘drop box’ Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di lobi Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Subang Jaya atau pos kepada alamat di bawah :-

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Borang Permohonan Gerai / Pasar Awam

ALAMAT

Peti Sebut Harga 
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan USJ 5
47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

SEBARANG PERTANYAAN

SILA HUBUNGI :

03 – 8026 3109 (En. Musyiri)
03 – 8026 3162 (En. Mohan)
03 – 8026 4337 (En. Khalil)

MS