TARIKH IKLAN : 20 DISEMBER 2023
TARIKH TUTUP  : 26 JANUARI 2024 (JUMAAT) (SEBELUM 12.00 TENGAHARI)
 

TAWARAN PENYEWAAN RUANG KAFETERIA KOMPLEKS KEMUDAHAN DAN KEMASYARAKATAN (3K), SS13, SUBANG JAYA.  


Salam sejahtera dan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Lokasi  :  Aras G Kafeteria di Kompleks Kemudahan dan Kemasyarakatan (3K), Jalan SS 13/3, SS 13, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
GPS Koordinat :  3°04'08.6"N 101°35'38.3"E
Tujuan Penyewaan :  Penyewaan Ruang Kafeteria
Keluasan Tapak :  130.0 meter persegi
Tempoh Sewaan : Tiga (3) Tahun
Kadar Sewaan Minimum : RM 1,500.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Lima Ratus Sahaja).
Tarikh Tutup Permohonan :  26 Januari 2024 (Jumaat) (Sebelum 12.00 Tengahari)
Dokumen Yang Perlu Disertakan :  Borang Permohonan, Profil Syarikat, Kadar Sewa yang Ditawarkan, Konsep Perniagaan Yang Akan Dijalankan, Sijil Pendaftaran Syarikat, Penyata Akaun Bank Terkini (3 bulan) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Lawatan Tapak :  Sesi lawatan tapak untuk pemohon yang berminat akan diadakan pada 9 Januari 2024 (Selasa) (Jam 10.00 pagi – 11.00 pagi)

Pengusaha juga akan bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan ruang tersebut termasuk kerja-kerja pembersihan, pembaikan serta pembayaran bil-bil utiliti sepanjang tempoh sewaan.

Borang permohonan boleh didapati dengan mengimbas ‘QR Code’ di lampiran dan pembida perlu menyediakan deposit bidaan. Tawaran penyewaan / borang serta cadangan perniagaan dan butiran syarikat perlu dimasukkan di dalam sampul dan dihantar kepada alamat di bawah :-

Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan 
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya 
Persiaran Perpaduan, USJ 5
47610 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
03-8026 3108 
03-8026 4339
03-8026 4021
Cik Adibah / En. Zulfakar / En. Amin


MS