Apa itu cukai taksiran?
Cukai taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan seksyen 17, akta kerajaan tempatan 1976 (akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak didalam kawasan MPSJ :
A) Kediaman - Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya.
B) Perniagaan - Kedai, kedai/pejabat, pusat membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi
C) Perindustrian - Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sesebuah.
D) Tanah kosong - Tanah pertanian, tanah pembangunan
1. Kuasa untuk menguatkuasakan Cukai Taksiran | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dikuatkuasakan mengikut peruntukan Bahagian XV, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. Aras Nilaian dan Kawasan Kadaran | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Majlis telah membahagikan kawasan pentadbirannya kepada dua kawasan iaitu: | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
a. | Subang Jaya, PJS 7,9,11 dan Bandar Sunway | Aras Nilaian Tahun 1992 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
b. | Lain-lain kawasan selain daripada Subang Jaya, PJS 7,9,11 dan Bandar Sunway | Aras Nilaian Tahun 1996 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. Bagaimana Cukai Taksiran dinilai ? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cukai Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar (%) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Nilai Tahunan? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bagi bangunan, Nilai Tahunan adalah anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyelenggaraan atau pemeliharaan dan segala kadar dan cukai awam. Bagi tanah kosong pula, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 10% daripada nilai pasaran tanah tersebut. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. Bolehkah nilai Cukai Taksiran dipinda setelah ianya dikuatkuasakan? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Boleh Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 membenarkan pindaan nilaian Cukai Taksiran (pindaan kepada senarai nilaian) dibuat disebabkan oleh: a) atau sesuatu pegangan berkadar telah dinilaikan dengan tidak mencukupi atau dengan berlebihan atau kerana apa-apa jua sebab lain, sesuatu pegangan berkadar telah tidak dimasukkan dalam Senarai Nilaian itu; | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6. Bilakah proses Pindaan kepada Senarai Nilaian akan dilaksanakan ? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
a) Pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ke atas bangunan baru. b) Pengeluaran hakmilik tanah baru (pecahan dan penyatuan lot tanah) c) Perubahan syarat nyata tanah d) Perubahan material kegunaan bangunan contohnya seperti daripada kediaman kepada taska atau daripada bangunan pejabat kepada Bajet Hotel. e) Pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ke atas sambungan dan tambahan bangunan kepada bangunan sediada. f) Sambungan dan tambahan bangunan kepada bangunan sediada walaupun tidak menerima Sijil Layak Menduduki (CFO) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) g) Bangunan telah diduduki oleh pemilik harta tanah walaupun tidak menerima Sijil Layak Menduduki (CFO) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7. Bagaimana Nilai Tahunan ditentukan bagi bangunan yang diduduki sendiri oleh pemilik dan bukan untuk disewa? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bangunan yang diduduki sendiri, bangunan yang boleh disewakan tetapi ditinggalkan kosong dan bangunan yang disewakan, kesemuanya mempunyai "Nilai Sewa". Oleh itu, untuk menentukan Nilai Tahunan bagi sesebuah bangunan, maka bangunan tersebut akan diandaikan sebagai "kosong dan untuk disewa" dan anggaran sewa bulanan diasaskan pada sewaan yang dibayar untuk bangunan-bangunan sejenis yang berdekatan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
8. Bilakah Pindaan Nilaian Cukai Taksiran boleh dibuat ? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pihak Majlis boleh pada bila-bila masa meminda nilaian itu dengan sewajarnya berdasarkan kepada sebab-sebab seperti yang dinyatakan di atas. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
9. Adakah perubahan Cukai Taksiran disebabkan oleh Pindaan Kepada Senarai Nilaian sama dengan Penilaian Semula Cukai Taksiran? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tidak. Pindaan kepada senarai nilaian hanya dilaksanakan kepada pegangan-peganganyang termasuk di dalam kategori seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 144 di atas. Kadar sewa yang digunakan adalah kadar sewa lama seperti yang telah digunapakai untuk bangunan asal pegangan tersebut. Proses Penilaian Semula pula adalah proses penguatkuasaan nilaian baru yang dilaksanakan secara serentak ke atas semua pegangan yang terdapat di dalam kawasan Majlis di mana kadar sewa yang digunapakai adalah kadar sewa tahunan semasa penilaian semula itu dilaksanakan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
10. Bagaimanakah kenaikan Cukai Taksiran ini dimaklumkan kepada pemilik? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua pemilik pegangan yang terlibat akan menerima Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang menyatakan Nilai Tahunan dan Cukai Taksiran baru beserta tarikh kuatkuasa Cukai Taksiran tersebut. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
11. Bagaimanakah pengiraan bagi kenaikan Cukai Taksiran untuk bangunan sambungan / tambahan dibuat? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
12. Bagaimanakah pengiraan Cukai Taksiran untuk tanah kosong dibuat? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bagi tanah kosong pula, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 10% daripada nilai pasaran tanah tersebut. i.) bahawa sesuatu pegangan yang telah dikenakan Cukai Taksiran itu telah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar; Boleh membuat bantahan bertulis kepada pihak Majlis mengikut tempoh seperti yang ditetapkan di dalam Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian serta diberi peluang untuk didengar sendiri atau melalui ejen yang diberi kuasa. |