NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Tarikh Kuat Kuasa: 18 NOVEMBER 2025 Tarikh Kemas Kini : 18 NOVEMBER 2025
Pelanggan yang dihormati,
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) adalah:
- Tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang telah berkuat kuasa pada 15 November 2013;
- Komited untuk memastikan Data Peribadi diproses mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP);
Notis ini dikuatkuasakan kepada orang yang berkaitan dengan Akta bagi tujuan untuk memberitahu anda bagaimana Data Peribadi anda dikawal, diproses dan/ atau diguna pakai oleh MBSJ sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta 1976 yang beroperasi di Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
PENGUMPULAN
- Data Peribadi adalah semua data-data/ maklumat-maklumat yang diperolehi daripada atau dibekalkan oleh anda secara langsung atau tidak langsung.
- Data Peribadi anda dikumpul secara terus daripada maklumat dan/ atau dokumen yang telah diberikan kepada MBSJ, dan di mana perlu, dari pihak ketiga dan domain awam atau platform dalam talian.
JENIS DATA PERIBADI
- Data Peribadi yang dikawal, diproses dan/ atau diguna oleh MBSJ termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan/ pasport, jantina, warga negara, agama, alamat kediaman/ pejabat, nombor telefon, nombor faksimili, e-mel, nama majikan/ syarikat, maklumat lesen perniagaan, maklumat pindahmilik, maklumat sewaan premis MBSJ, maklumat kontraktor/ pembekal dan lain-lain.
TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI
- Data Peribadi anda dikumpul antara lain, bagi maksud seperti berikut:
- Memproses permohonan anda menggunakan perkhidmatan MBSJ;
- Menentukan jenis perkhidmatan mengikut pilihan anda;
- Menyelesaikan aduan atau masalah berkaitan perkhidmatan jika berlaku;
- Memproses pindah milik pegangan;
- Memproses pembayaran kepada pembekal dan kontraktor serta pemulangan wang amanah kepada pemaju/ individu;
- Memproses penyewaan premis milik MBSJ;
- Memproses pembelian dokumen sebutharga/ tender;dan/ atau
- Kemudahan perbankan, menandatangani dokumen perundangan dan perakaunan.
BAGAIMANA DATA DIPROSES
- MBSJ akan memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi dipindahkan di luar Malaysia.
- Tiada maklumat peribadi akan dikumpulkan semasa anda melayari laman web www.mbsj.gov.my kecuali maklumat yang dihantar mellaui mana-mana sistem dalam talian MBSJ.
- Sekiranya dasar privasi ini diubah suai, pindaan tersebut akan dikemaskini dengan maklumat yang dikumpulkan, cara ia digunakan, dan dalam keadaan tertentu cara maklumat
PENARIKAN/ HAD PERSETUJUAN
- Pemberian Data Peribadi anda kepada kami adalah atas dasar sukarela. Anda boleh pada bila- bila masa selepas ini menarik balik persetujuan anda untuk kami mengumpul, memproses, menggunakan, menyimpan atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda bagi mana- mana tujuan yang dinyatakan di atas dengan memberitahu kami secara bertulis menggunakan alamat yang dinyatakan di bawah.
- Sekiranya anda tidak memberikan Data Peribadi anda atau jika Data Peribadi yang mencukupi tidak dibekalkan kepada kami apabila diminta, kami mungkin tidak dapat untuk berkomunikasi dengan anda dan ini boleh menjelaskan keupayaan MBSJ untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas dan keupayaan anda untuk menikmati rangkaian penuh manfaat yang disediakan di atas.
- Jika anda tidak ingin data peribadi anda dikumpulkan melalui ‘cookies’ di laman sesawang MBSJ, anda boleh menyahaktif ‘cookies.
PENZAHIRAN
- Kami berkemungkinan akan mendedahkan data peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan di atas kepada pihak-pihak berkaitan seperti berikut:
- Warga kerja MBSJ, rakan strategik, pembekal perkhidmatan / pembekal kami, ejen yang dilantik, perunding, penasihat undang-undang, juruaudit luar, akauntan dan panel peguam yang dilantik oleh MBSJ dan mana- mana orang yang berada di bawah kewajipan kerahsiaan kepada MBSJ;
- Jika perlu dan suai manfaat, kepada mana-mana pihak ketiga yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada badan-badan profesional, institusi latihan, institusi kewangan, apa-apa pihak berkuasa, agensi, badan atau jabatan-jabatan kerajaan/ atau bukan kerajaan.
- Mana-mana ejen perkhidmatan MBSJ, sistem pembayaran atau bank perantara;
- Syarikat dan organisasi yang bertindak sebagai ejen perkhidmatan MBSJ;
- Badan Penyelaras atau pihak berkuasa kerajaan selaras dengan keperluan undang-undang unuk mengesan dan mencegah jenayah dan/atau penipuan;
- Sesiapa yang mana kami terpaksa atau dikehendaki di bawah Undang-Undang;
- Mana-mana orang yang berada di bawah obligasi kerahsiaan yang telah memberikan aku janji untuk menyimpan data itu sebagai data sulit;
- Jika dikehendaki demikian oleh undang-undang secara niat baik, jika tindakan tersebut adalah perlu bagi:
- Mematuhi kehendak mana-mana badan kawal selia, agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
- Melindungi dan mempertahankan hak atau harta MBSJ dan warga kerja MBSJ.
TEMPOH PENYIMPANAN
- MBSJ akan:
- Menyimpan Data Peribadi anda dalam tempoh tujuh (7) tahun / selagi anda menjadi pelanggan kami
- Kami hanya akan menyimpan Data Peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman
- Sekiranya anda tidak lagi menjadi pelanggan kami, data peribadi anda akan dhapuskan secara kekal.
INTEGRITI DAN LANGKAH KESELAMATAN
- Kami komited untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda disimpan dengan selamat dalam pangkalan-pangkalan data di pejabat kami.
- Kami komited untuk memastikan kakitangan MBSJ tidak menyalahgunakan data peribadi anda.
- Segala usaha yang munasabah dan langkah-langkah praktikal untuk memastikan bahawa sebarang Data Peribadi yang disimpan oleh MBSJ dilindungi daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa persetujuan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.
- Untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dalam penyimpanan kami adalah tepat dan terkini, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya berlaku apa-apa ketidaktepatan atau apa-apa perubahan kepada Data Peribadi anda.
- Sebarang penggunaan sistem dalam talian, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan kata laluan tidak didedahkan kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko penyalahgunaan data peribadi anda.
AKSES, PEMBETULAN DAN ADUAN
- Sekiranya anda ingin memohon akses atau membuat pembetulan pemprosesan Data Peribadi anda atau menarik balik atau mengehadkan persetujuan anda, anda boleh memohon dengan mengisi borang dan menghantar kepada:
Untuk Perhatian:
Jawatan :
Alamat :
No. Telefon :
No. Faks :
E-mel :
- Sebarang permohonan untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda yang dimohon, kami mungkin mengenakan bayaran selaras dengan Jadual Pertama (Peraturan 2) Peraturan- peraturan Perlindungan Data Peribadi (Fi) 2013;
HAK PELANGGAN MBSJ
- Pelanggan MBSJ berhak untuk:
- Membetulkan dan mengemaskini data peribadi anda sahaja;
- Mengakses data peribadi anda sahaja;
- Menamatkan atau menolak penggunaan perkhidmatan MBSJ;
- Menarik balik persetujuan untuk memproses data peribadi anda sahaja;
- Hanya boleh meminta data peribada anda diubah untuk tujuan ketepatan maklumat sahaja.
PERSETUJUAN
- Sila ambil perhatian dari semasa ke semasa, kami mungkin akan meminta Data Peribadi baru daripada anda. Dengan memberikan kami Data Peribadi anda atau terus berkomunikasi dengan MBSJ, kita akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan pemprosesan data tersebut.
- MBSJ mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemas kini di laman sesawang MBSJ.
HUBUNGI KAMI:
Anda boleh hubungi kami berkaitan pengendalian data peribadi yang berkaitan dengan perkhidmatan MBSJ melalui:
Encik Mohd Reyzal bin Mazlan, Timbalan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan melalui talian 3259
Tarikh Kemaskini : 17 Mac 2026
MS