Permohonan Lesen Anjing
1. Anjing mencapai umur tiga (3) bulan perlu mendapatkan lesen daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya
2. Pemunya anjing hendaklah;
- Menyelenggara anjing dan rumah anjing di mana anjing ditempatkan dalam keadaan BERSIH pada setiap masa
- Mengambil segala langkah perlu untuk memastikan bahawa anjing itu tidak membuang najis dan kencing di tempat awam dan membuang dari premisnya apa-apa bahan najis anjing itu mengikut cara atau kaedah yang tidak menyebabkan kesalahan atau kacau ganggu bau serta kesusahan kepada orang lain dan tidak mengalirkan air basuhan / cucian anjing dan najis anjing ke jalan awam
- Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa anjing itu tidak akan mengacau ganggu dengan salakan yang tidak berhenti-henti atau selainnya kepada jirannya
- Memastikan bahawa anjing itu berada di bawah kawalan berkesan seseorang melalui tali ikatan atau rantai pada setiap masa apabila anjing itu dibawa keluar kepada premis pemunya
Sila rujuk UUK Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MBSJ) 2007 untuk maklumat lanjut
3. Mana-mana anjing berlesen yang dijumpai tanpa pengawasan di tempat awam, maka pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya boleh merampas atau membinasakan anjing itu
4. Tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau membenarkan dipelihara atau dilindungi seekor anjing dibangunan bertingkat (pangsapuri, flat, kondominium, rumah pangsa, rumah kedai atau mana-mana bangunan yang seumpama dengannya).
5. Lencana anjing mesti dipamerkan pada kolar anjing pada setiap masa (tiada pengecualian). Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pemilik anjing dikenakan kompaun pada bila-bila masa.
6. Pembelaan anjing tidak lebih daripada dua (2) ekor bagi keluasan premis yang kurang daripada 1,000 meter persegi (1,000m²) dan tidak lebih daripada empat (4) ekor bagi keluasan premis melebihi 1,000 meter persegi (1,000m²).
7. Tidak memelihara anjing dari jenis baka-baka terlarang seperti yang telah disenaraikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Sila rujuk kepada laman sesawang www.dvs.gov.my untuk maklumat lanjut.
8. Larangan membawa anjing ke tempat-tempat awam seperti kompleks membeli-belah, pasaraya, premis makanan, rumah ibadat, pejabat kerajaan atau swasta, hotel dan taman permainan.
9. Pemunya anjing perlu mengemukakan Kad Vaksinasi bagi anjingnya yang masih sah dan pengesahan status anjing yang telah dimandulkan daripada Pegawai Veterinar Negeri Selangor atau lain-lain doktor veterinar yang berdaftar apabila memohon lesen atau diminta oleh Pegawai Kesihatan.
10. Permohonan lesen secara online hendaklah disertakan bersama sesalinan Kad Vaksinasi yang masih sah bagi anjing yang hendak dilesenkan.
11. Penguatkuasaan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu memaklumkan kepada pemunya terlebih dahulu.
12. Pemunya anjing boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM 1,000.00 bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Undang-undang Kecil ini pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan.
13. Sesiapa yang melanggar atau gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007 ini atau mana-mana syarat atau arahan atau perintah yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Melesen adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 2,000.00 atau penjara selama tempoh melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.
TARIKH | TEMPAT | MASA |
---|---|---|
1 DIS 2015 - 31 DIS 2016 | KAUNTER IBU PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA PERSIARAN PERPADUAN , USJ 5 47610 SUBANG JAYA SELANGOR |
ISNIN – KHAMIS JUMAAT |
1 JAN 2017 - SETERUSNYA | JABATAN KESIHATAN MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA NO:22-6 JLN USJ 9/5T, SUBANG BUSINESS CENTRE 47610 SUBANG JAYA SELANGOR |
ISNIN – KHAMIS 8.30 pagi - 12.00 tengah hari 3.00 petang – 4.30 petang |