AUDIT DALAM
Nama Jabatan / Bahagian | Bahagian Audit Dalaman |
Nama Ketua Jabtan / Bahagian | Puan Noraziah Binti Ali |
Tel Jabatan | 03-8026 3203 |
No Faks Jabatan | 03-8026 3201 |
E-mel Jabatan | - |
FUNGSI JABATAN
1. | Menentukan sama ada operasi-operasi kewangan diuruskan dengan teratur dan memastikan bahawa dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang diwajibkan adalah diikuti. |
2. | Mengulangkaji dan menilaikan secara teratur dan sistematik operasi-operasi agensi dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, kekesanan dan ekonomi. |
3. | Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi-operasi agensi berkenaan dalam bidang-bidang yang memerlukannya atau dalam keadaan di mana tindakan pembetulan adalah diperlukan. |
4. | Memberi kepada Yang Dipertua laporan-laporan yang bebas, objektif dan tepat pada masanya (timely) mengenai operasi-operasi agensi tersebut supaya beliau dapat meninjau akan kedudukan Majlis, bagaimana rancangan dijalankan, matlamat dicapai, wang awam telah digunakan dengan sepatutnya dan sumber yang diperuntukkan dengan cekap. |
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN AUDIT DALAM
1. | Mengemukakan Laporan Audit kepada Datuk Bandar MBSJ selepas auditan muktamad dijalankan | 6 hari |
2. | Membentangkan Laporan Audit di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat (JKAPK) | 4 kali setahun |
3. | Mengemukakan Laporan Suku Tahun Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat kepada pihak Seksyen Berkuasa Tempatan UPEN Selangor | 4 kali setahun |
4. | Menjawab surat-surat balasan penerimaan | 3 hari bekerja |
MS