Perkhidmatan Yang Diberikan Kepada Penduduk / Pelanggan MBSJ
Jabatan Landskap menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-
1. Menyelenggara pokok-pokok rendang milik majlis ;
2. Kutipan sampah pokok ;
3. Membaikpulih kemudahan taman & alatan mainan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan bawah pengurusan majlis ;
4. Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Kawasan Baru Mengikut Garis Panduan Landskap Yang Telah Ditetapkan ;
Sasaran perkhidmatan ini adalah kepada penduduk di bawah takbir kawasan keseluruhan MPSJ yang telah pun diambil alih sepenuhnya oleh MPSJ.
Berdasarkan Aduan & Penyelenggaraan Berkala.
Sebarang aduan boleh disalurkan di talian : 03 - 80247700
Bagi mendapatkan perkhidmatan ini penduduk boleh menghubungi pada nombor yang tertera.
Sebarang aduan boleh disalurkan di talian : 03 - 80247700
a. Kutipan sampah pokok RM50 (Kadar bagi 1/3 muatan lori)
b. Notis pemberitahuan kepada penduduk mengenai cara pengurusan sampah yang efektif.
• Sampah kebun penduduk hendaklah dimasukkan dalam plastik dan diikat serta diletakkan dihadapan rumah.
• Sampah pokok persendirian tidak boleh dibuang sebarangan. Pihak majlis menyediakan kutipan berbayar Rm50 (kadar bagi 1/3 dari muatan lori).
• Tindakan notis akan dikeluarkan bagi kesalahan membuang sampah pokok.
Berdasarkan Aduan & Penyelenggaraan Berkala. Penyelenggaraan berkala dijalankan oleh kontraktor yang dilantik, sila rujuk senarai kontraktor yang dilantik.
Sebarang aduan boleh disalurkan di talian : 03 - 80247700
Kawalan pemajuan adalah sangat penting bagi mencapai objektif MPSJ selaras dengan moto MPSJ “Kota Niaga, Kediaman Idaman”. Ia adalah perlu bagi menjadikan MPSJ sebuah Bandar yang indah dan bersih serta selesa didiami dengan ruang hijau yang mencukupi, ruang rekreasi dan kemudahan taman yang lengkap. Setiap pemajuan perlu mendapatkan Kelulusan Pelan Landskap bagi mengawal kegunaan tanah agar lebih terancang dan terurus. Permohonan Kelulusan Pelan Landskap adalah memproses pelan-pelan landskap mengikut prosedur Jabatan OSC yang telah ditetapkan dalam tempoh 7 hari bekerja di peringkat Jabatan Landskap MPSJ.