Sampah Industri
Sampah atau apa-apa bahan buangan hasil daripada perindustrian atau perdagangan ("by product") adalah tidak termasuk dalam skop kerja yang dikendalikan dibawah kawal selia Majlis. Pamplet Pengurusan Sisa Industri boleh didapati di Jabatan Pengurusan Alam Sekitar
Perkhidmatan kutipan sampah di kawasan industri dan komersial hanya melibatkan kutipan sampah domestik sahaja. Hasil aktiviti perniagaan / sisa industri, kerja - kerja pembersihan / kutipan adalah dibawah tanggungjawab pemilik premis sendiri. Pemilik dikehendaki melantik kontraktor pembersihan sendiri bagi memastikan sisa industri tersebut dibuang di tempat yang dibenarkan. Segala kos hanya melibatkan pemilik dan kontraktor lantikan tanpa melibatkan pihak Majlis.
Bagi bahan buangan yang berbahaya, bertoksid dan sampah klinikal hendaklah dibuang di Kualiti Alam Bukit Nanas, Negeri Sembilan dan diuruskan sendiri oleh syarikat atau premis terbabit.