MS

KONSEP 5R

Refuse (Jangan Terima)

  • Bawa beg sendiri.
  • Jangan terima barang tidak perlu.
  • Jangan guna barang pakai buang.
  • Bawa bekas makanan/minuman sendiri.

Rethink (Fikir Semula)

  • Fikir sebelum membeli, adakah ia perlu.
  • Fikir sebelum buang.
  • Fikir kesan alam sekitar.

Reduce (Kurangkan)

  • Guna beg/bekas sendiri.
  • Kurangkan salinin bercetak.
  • Elak guna bahan pakai buang.
  • Didik anak-anak, pekerja, kakitangan untuk mengurangkan sisa.
  • Kongsi bahan bacaan.
  • Jangan membazir.

Recycle (Kitar Semula)

  • Asingkan barangan yang boleh dikitar semula.
  • Hantar/jual di pusat kitar semula.
  • Buat kompos sisa organik.
  • Didik anak-anak, pekerja, kakitangan untuk kitar semula.
  • Sertai aktiviti & berkaitan kitar semula.

Reuse (Guna Semula)

  • Guna semula botol/bekas.
  • Gunakan kedua-dua halaman kertas.
  • Didik anak-anak, pekerja, kakitangan untuk guna semula.

DATARAN KITAR SEMULA BAZAR USJ 7 & FABRIK TERPAKAI

  • Di Bazar USJ 7, MBSJ telah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Kloth dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) bagi pengumpulan fabrik/pakaian terpakai.
  • Kerjasama dengan Tetrapak bagi penempatan tong kitar semula.
  • Penyediaan tong-tong ini bagi memudahkan penduduk meletakkan barangan kitar semula mereka secara drop off.

PUSAT BIOMASS BERSEPADU MBSJ
  • Pusat Biomass Bersepadu MBSJ ditubuhkan bagi menguruskan sisa buangan domestik tempatan berhasrat untuk melaksanakan kitar semula semua sisa-sisa organik yang dijana di dalam kawasan pentadbirannya.
  • Bagi merealisasikan idea ini, maka lot. tanah PT 60020 Mukim & Daerah Petaling bersaiz 4.2 ekar telah dimajukan bagi tujuan tersebut.

  • Apa Itu Biomass?
  • Biomass merupakan bahan organik daripada hidupan seperti tumbuhan/ haiwan/ sisa makannan/ sisa kumbahan najis dan lain-lain yang dijadikan sumber tenaga melalui proses perubahan bentuk seperti kompos dan biogas.

  • Sumber Biomass
  • Sisa kebun
  • Sisa sayuran
  • Sisa makanan

Alamat Pusat Biomass Bersepadu MBSJ
Jalan BP 4/1, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor


PEMPROSESAN SISA ORGANIK


  1. Kompos Kebun
  • Sisa kebun penyelenggaraan lanskap kawasan MBSJ diproses dan dikompos secara semulajadi

2. Kompos Vermi

  • Sisa daun daripada aktiviti pembersihan kawasan dan sisa sayuran pasar dihancurkan dan dikompos menggunakan cacing jenis African Night Crawler.

HASIL PRODUK & HARGA JUALAN

Produk Kompos Kebun & Kompos Vermi



Produk

Kebun

Vermi

Harga

RM3.00/1kg

RM6.00/kg

RM13.00/5kg

RM25.00/5kg

RM25.00/10kg

RM50.00/10kg


3. Sisa Makanan

  • Biomate
  • Mesin biomate berfungsi memproses sisa makanan untuk dijadikan kompos sisa makanan.
  • Antara bahan yang digunakan ialah habuk kayu dan enzim amilase
  • Proses tersebut mengambil masa 24 jam-48 jam untuk menjadi kompos
  • Projek Anaerobic Digestion (AD)
  • Projek ini dijalankan dengan mengitar semula sisa makanan premis makanan, medan selera dan kantin sekolah bagi menjana tenaga elektrik. Sisa tersebut dikutip oleh kakitangan majlis dan kemudian diproses.
  • Sisa makanan yang dproses melalui proses fermentasi akan menghasilkan biogas.
  • Proses penguraian sisa makanan menggunakan bakteria seterusnya menghasilkan gas metana.

JADUAL OPERASI:

Hari

Masa

Rehat

Isnin – Khamis

9.00 pagi – 4.30 petang

1.00 petang – 2.00

Jumaat:

9.00 pagi – 4.30 petang


12.15 tengah hari – 2.45 petang

Sabtu, Ahad dan cuti umum

Tutup



LAWATAN RASMI:

Pusat Biomass Bersepadu MBSJ bersedia menerima lawatan luar (agensi kerajaan/ swasta/ sekolah/ jawatankuasa penduduk (MPP) dan lain-lain bagi tujuan perkongsian ilmu, memberi kesedaran dan pendidikan tentang kepentingan menjaga alam sekitar & mengamalkan kitar semula.


Hari lawatan:

Selasa dan Khamis setiap minggu kedua dan keempat

Permohonan lawatan rasmi boleh dibuat melalui Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ. Sila layari website MBSJ www.mbsj.gov.my


WASTE ECO PARK (WEP) MBSJ

  • Waste Eco Park terletak di Jalan TS 6/10 USJ 1, Subang Jaya dan mula beroperasi pada 17 Ogos 2022. Keluasan tapak ini adalah 1.3 ekar.
  • Pada awalnya, tapak ini merupakan tapak pembuangan sampah haram dan tempat parkir kenderaan berat tanpa kebenaran.
  • Status tapak adalah kawasan lapang dan sedang dalam proses warta. 0.5 ekar digunakan sebagai tapak semaian Jabatan Landskap dan 0.8 ekar digunakan sebagai tapak pengurusan sisa kelapa.
  • Pihak MBSJ telah mengenakan cas kutipan sisa kelapa kepada peniaga kiosk MBSJ dengan kadar RM133/sebulan dan penjaja tepi jalan sebanyak RM 199/sebulan

PEMPROSESAN SISA KELAPA

Pihak MBSJ telah menghasilkan produk organik daripada sisa kelapa iaitu:

  1. Cocopeat
  • Cocopeat adalah bahan organik daripada serat kelapa dan digunakan untuk tanaman.
  • Fungsi cocopeat adalah menyimpan air, mesra alam, mempunyai pengudaraan yang baik, dan bebas penyakit.
  • Cocopeat sering digunakan dalam pertanian, hortikultur, dan sistem hidroponik.
  1. Cocofiber
  • Cocofiber adalah dari bahan serat kasar yang diperoleh daripada sabut kelapa.
  • Ia digunakan dalam hortikultur sebagai sungkupan pada tanaman, penstabil tanah, pengudaraan yang baik dalam medium tanaman dan ia juga mesra alam dan tahan lama.

HASIL PRODUK & HARGA JUALAN

LAWATAN RASMI:

WEP MBSJ bersedia menerima lawatan luar (agensi kerajaan/ swasta/ sekolah/ jawatankuasa penduduk (MPP) dan lain-lain bagi tujuan perkongsian ilmu, memberi kesedaran dan pendidikan tentang kepentingan menjaga alam sekitar & mengamalkan kitar semula.

Hari lawatan:

Selasa dan Khamis setiap minggu kedua dan keempat

Permohonan lawatan rasmi boleh dibuat melalui Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ. Sila layari website MBSJ www.mbsj.gov.my


Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

BAHAGIAN PROGRAM DAN DASAR

Jabatan Pengurusan Alam Sekitar

Majlis Bandaraya Subang Jaya

Persiaran Perpaduan USJ 5

47610 Subang Jaya

Selangor

No. tel: 03-80263180 atau 03-80264420


Total votes: 0