MS

JABATAN KEJURUTERAAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Bagaimanakah saya hendak menyalurkan maklumat tentang kerosakan di kawasan sekitar saya?

Sebarang aduan boleh dibuat terus secara online melalui sistem aduan I-responz (www. mpsj.gov.my) dan talian Aduan MBSJ.
Aduan juga boleh disalurkan melalui JKP, Hari Mesra Rakyat dan Email kepada pegawai.

2

Berapa hari tindakan susulan akan diambil selepas aduan diterima?.

Dalam tempoh 14 hari bekerja.

3

Apakah yang perlu dibuat sekiranya aduan tidak diambil?

Sekiranya kerja-kerja tidak dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan pengadu boleh membantu melapurkan kepada Majlis dan surat peringatan akan dikeluarkan kepada kontraktor sehingga kerja pembaikan selesai.

4

Bagaimana cara untuk halang kerosakan

Orang awam hendaklah memastikan tidak merosakkan harta awam seperti jalan, longkang, aset Majlis, lampu jalan, feeder pillar, lampu isyarat, cerun dll.

5

Semasa kerja-kerja pembaikan dijalankan adakah pengadu akan dimaklumkan?

Ya, sekiranya perlu seperti melibatkan pengalihan atau penutupan laluan/ aset pengadu serta mendapatkan maklumat tambahan.

6

Adakah aduan kerosakan boleh dibuat jika di luar kawasan pengadu?

Boleh dengan syarat aduan tersebut hendaklah tepat dan lengkap.

7

Bolehkah pengadu merujuk semula aduan yang telah dibuat?

Pengadu hendaklah menyimpan no. rujukan aduan bagi memudahkan semakan Jabatan.

8

Berapa banyak aduan boleh dibuat

Tiada had.

9

Adakah pihak tuan menerima cadangan dari pengadu?

Sebarang cadangan adalah di alu-alukan.

10

Kerosakan yang bagaimanakah perlu dilaporkan kepada Jabatan ini?

Kerosakan yang boleh dilaporkan adalah seperti berikut:-

  • Kerosakan jalan awam.
  • Kerosakan longkang awam.
  • Kerosakan lampu jalan milik Majlis.
  • Kerosakan aset milik Majlis.
  • Masalah lalulintas dan lampu isyarat.
  • Masalah cerun.
  • Masalah kerja-kerja tanah oleh pemaju.

JALAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Kenapa terdapat banyak jalan yang rosak dan berlubang?

Jalan lama yang lebih 10 tahun, kepadatan trafik yang tinggi, kenderaan berat dan berlaku takungan air larian atas jalan.

2

Apakah tindakan diambil sekiranya terdapat kerosakan di kawasan MPSJ?

Kerja-kerja menampal jalan menggunakan premix ssecara jabatan dan juga kontraktor penyelenggaraan tahunan.

3

Berapa lamakah bagi sesuatu kerosakan mengenai jalan diatasi oleh pihak MPSJ

Bagi kerosakan minor pembaikan segera dijalankan dalam masa 3 hari bekerja.

4

Adakah menutup jalan perlu kelulusan pihak MBSJ?

Perlu tetapi dibawah kelulusan Jabatan Bangunan kecuali permit korekan jalan adalah dibawah kelulusan Jabatan Kejuruteraan.

LALULINTAS

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Sekiranya lampu isyarat rosak, apakah tindakan pihak kejuruteraan MBSJ?

Aduan  akan dimajukan kepada kontraktor untuk tindakan.

2

Berapa lamakah tindakan yang diambil sekiranya terdapat kerosakan lampu isyarat di kawasan itu?

Tindakan serta ‑ merta.

3

Terdapat simpang yang berbahaya dan trafik tidak terkawal, adakah permohonan lampu isyarat yang baru ditajukan kepada MBSJ?

Jabatan kejuruteraan akan membuat kajian terhadap permohonan tersebut untuk kesesuaian di tapak.

4

Bagaimana sekiranya ingin mengetahui lampu isyarat kepunyaan MBSJ?

Lampu isyarat kepunyaan MBSJ mempunyai  ID diletakan di tiang lampu isyarat tersebut berwarna biru dan mempunyai logo MBSJ.

ELEKTRIK

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Jenis tiang lampu di jalan berbeza-beza, bagaimana membezakan lampu jalan kepunyaan MBSJ?

  • Tiang konkrit adalah milik TNB.
  • Tiang besi (galvanized) adalah dibawah senggaraan MBSJ.

2

Sekiranya lampu jalan atau lampu taman kepunyaan MBSJ didapati rosak, apakah tindakan yang diambil oleh MBSJ?

Setelah menerima aduan daripada pihak pengadu, juruteknik akan menyemak ditapak berkenaan masalah dan memaklumkan pada pihak kontraktor kawasan untuk mengambil tindakan. 

3

Berapakah tempoh bagi pihak kontraktor MBSJ untuk mengatasi masalah kerosakan lampu jalan / lampu taman?

Tindakan pembaikan adalah selama 3 hari dan maksimum adalah 14 hari. Bagi kes vandalisma seperti kecurian komponen dalam feeder pillar dan feeder pillar dipecahkan/dibakar, tindakan pembaikan ambil masa 2 bulan. (Perlu tempah)

4

Bagaimana sekiranya ingin memohon lampu taman / lampu jalan yang baru?

Perlu mengemukakan permohonan melalui surat dan boleh juga melalui telefon. Kelulusan pemasangan bergantung kepada semakan teknikal dan kelulusan bajet.

SALIRAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Sekiranya terdapat kerosakan terhadap longkang dan saliran, apakah tindakan yang sewajarnya dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab?

  • Siasatan di tapak dijalankan untuk mengenalpasti jenis kerosakan.
  • Arahan kepada kontraktor penyelenggaraan  untuk membaikpulih dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan jenis kerosakan.

2

Apakah langkah yang diambil sekiranya berlaku banjir di kawsan MBSJ dan berapa lama tempoh bagi MBSJ untuk menyelesaikan masalah itu?

  • Siasatan di tapak dijalankan untuk mengenalpasti punca banjir.
  • Tempoh penyelesaian bergantung kepada jenis punca banjir yang dikategorikan dengan tindakan jangka pendek dan  jangka panjang.

3

Adakah sistem saliran dibina oleh pemaju diseliakan oleh pihak MBSJ?

Ya, selepas kawasan tersebut diserahkan kepada pihak Majlis untuk penyelenggaraan.

4

Sekiranya terdapat tanah runtuh atau struktur rosak berhampiran sistem saliran yang diselia oleh MBSJ, adakah pihak MBSJ akan membaikinya?

  • Siasatan ditapak akan dilakukan bagi mengenalpasti punca tersebut.
  • Jika disebabkan oleh kerosakan sistem saliran, kerja-kerja pembaikan akan dilakukan.
  • Jika disebabkan oleh punca lain, ianya akan diserahkan kepada Unit Cerun untuk tindakan selanjutnya.

CERUN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak MBSJ sekiranya terdapat cerun / tanah runtuh di kawasan MBSJ?

Siasatan dan tindakan akan diambil dengan;

  • Lawatan tapak untuk mengenalpasti tahap kerosakan.
  • Arahan diberi kepada kontraktor tahunan untuk kerja segera; pembersihan/ menutup runtuhan cerun dengan plastik kanvas.
  • Menyediakan laporan lawatan tapak untuk tindakan pihak pengurusan bagi tujuan; kerja segera/ sebutharga/ tender @ pemaju.
  • Kerja-kerja pembaikan dijalankan.

2

Berapa lamakah masa yang diambil untuk sesuatu aduan mengenai cerun diatasi.

1. Bagi kategori aduan biasa, tempoh masa diambil untuk memulakan kerja adalah selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh aduan diterima.
2.    Bagi kategori aduan kecemasan, kerja pembaikan/ pencegahan awalan akan dijalankan dengan serta merta.

STRUKTUR

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Apakah tindakan yang diambil sekiranya terdapat kerosakan bagi struktur ‑ struktur premis dibawah penyeliaan pihak MBSJ

Semakan tentang jenis kerosakan akan dijalankankan bagi mengenalpasti tindakan yang perlu diambil. (samada oleh kakitangan Majlis atau bersama kontraktor yang berkenaan)

2

Berapa lamakah tempoh yang diperlukan sekiranya terdapat masalah ‑ masalah struktur di premis MBSJ tersebut?

Tempoh pembaikan adalah berdasarkan kerosakan dan dapat dikategorikan kepada 3, iaitu:

  • Serta Merta (Tempah 24 jam)
  • Segera (3 ‑ 7 hari)
  • Biasa (bergantung kepada kerja)

3

Adakah masalah ‑ masalah mengenai mekanikal & Elektrikal (M&E) bagi premis ‑ premis MPSJ dapat disalurkan ke bahagian struktur kejuruteraan MBSJ?

Masalah mengenai Mekanikal & Elektrikal (M&E) boleh disalurkan ke bahagian struktur, walaubagaimanapun tindakan akan diambil oleh bahagian yang berkenaan.

MEKANIKAL

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Sekiranya terdapat masalah ‑ masalah mengenai M&E adakah bahagian mekanikal kejuruteraan MBSJ bertanggungjawab?

Bahagian Mekanikal hanya akan menguruskan masalah M&E yang berkaitan dengan aset MBSJ sahaja.

2

Sekiranya berlaku kerosakan penghawa dingin di premis MBSJ apakah tindakan yang diambil?

Sila hubungi Bahagian Mekanikal dan ianya akan diuruskan dengan seberapa segera dengan bantuan kontraktor tahunan yg di lantik.

3

Berapakah tempoh yang diperlukan untuk memperbetulkan kerosakan tersebut?

Tempoh pembaikan bergantung kepada jenis kerosakan antara 1 hingga 3 hari . Walaubagaimanapun bagi kerosakkan besar ianya akan di maklumkan secara bertulis tempoh pembaikannya.

INFRASTRUKTUR

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Adakah permohonan bagi kerja ‑ kerja pembinaan atau projek yang membabitkan kawasan MBSJ perlu diajukan ke bahagian infrastruktur kejuruteraan MBSJ?

Semua permohonan perlu dikemukakan melalui kaunter OSC.

2

Apakah dokumen ‑ dokumen yang perlu disertakan bersama ‑ sama permohonan bagi mendapat kelulusan daripada jabatan kejuruteraan?

Kelulusan Pelan Kerja Tanah:

  • Laporan Kestabilan Cerun/Geoteknikal Bagi Kawasan Berbukit (Slope Stability Analysis)
  • Laporan ‘Soil Investigation’

Permohonan Perlu Memiliki Kelulusan Kebenaran Merancang Dan Kelulusan JPS Sebelum Layak Dibawa Ke Mesyuarat OSC Kelulusan Pelan Jalan Dan Perparitan:

  • Kiraan Hidraulik
  • Laporan Audit Keselamatan Jalanraya (RSA)
  • Laporan ‘ Traffic Impact Assesment’ (TIA)

Pemaju perlu membuat persembahan bagi laporan TIA pembangunan tersebut sebelum kelulusan.

3

Berapa lamakah bagi setiap permohonan untuk mendapat kelulusan daripada MBSJ?

Tempoh proses sesuatu permohonan kelulusan adalah 14 hari bekerja.  Bagi permohonan pelan kerja tanah kelulusan adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat OSC yang diadakan setiap 2 minggu.