JABATAN LANDSKAP |
||
BIL |
SOALAN |
JAWAPAN |
1 |
Bolehkah saya memohon untuk MBSJ tebang pokok di hadapan rumah saya? |
Penduduk boleh memohon untuk MBSJ menebang pokok-pokok yang diselenggara oleh pihak Majlis sahaja. Pokok-pokok yang ditanam oleh penduduk sendiri atau ditanam oleh mana-mana penduduk terdahulu perlu diselenggara oleh penduduk sendiri dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak penduduk tersebut. Jika tidak, satu operasi pembersihan dan pelupusan pokok-pokok persendirian akan dilaksanakan tanpa notis pada bila-bila masa boleh dilakukan oleh pihak Majlis. |
2 |
Apakah boleh penduduk tanam menanam pokok di hadapan rumah? |
Penduduk perlu menyatakan hasrat tersebut secara surat rasmi kepada Jabatan Landskap untuk pertimbangan lanjut dan sebarang kos pembinaan dan penyelenggaraan landskap atau taman adalah dibawah penduduk tersebut tanpa melibatkan sebarang kos daripada Majlis dan penduduk atau mana-mana pihak tidak boleh menuntut sebarang gantirugi jika berlaku kecelakaan atau musibah yang disebabkan oleh pembinaan landskap itu sendiri. |
3 |
Bolehkah pihak MBSJ membuat pemotongan pokok dalam premis kilang? |
Pihak Majlis tidak melayan sebarang permohonan pemotongan pokok daripada mana-mana premis persendirian seperti kilang, sekolah / institusi pendidikan atau dibawah penyelenggaraan pihak-pihak tertentu seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau MC. |
4 |
Bolehkah saya dapatkan nombor telefon vendor MBSJ untuk pemotongan pokok? |
Boleh dan penduduk perlu berhubung terus kepada kontraktor dan mendapatkan beberapa nombor telefon kontraktor daripada mana-mana kakitangan di Jabatan Landskap MBSJ. Walaubagaimanapun, pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab jika melibatkan salahlaku atau kesalahan integriti yang melibatkan kakitangan Majlis disebabkan urusan pihak penduduk dengan pihak kontraktor MBSJ. |
5 |
Mengapa penyelenggaraan pokok tidak dibuat secara berjadual atau mengikut keadaan pokok yang hampir tumbang dan adakah pihak MBSJ menunggu pokok tersebut sudah tumbang baru tindakan pemotongan dilakukan? |
Pihak Majlis sentiasa proaktif di dalam memastikan perbandaran MBSJ sentiasa selamat dan teratur. Kekerapan penyelenggaraan pokok-pokok amenity adalah bergantung kepada keadaan pokok tersebut. Jika pokok tersebut mati dan condong, tindakan cantasan atau penebangan pokok akan dilakukan segera mengikut keutamaan. |
6 |
Mengapa kerja-kerja pemotongan pokok mengambil masa tempoh yang lama untuk dilaksanakan? |
Kerja-kerja penyelenggaraan pokok-pokok amenity mengambil masa yang lama adalah kerana senarai pokok yang telah diadukan adalah tinggi selain keadaan / kondisi pokok tersebut serta cuaca untuk melaksanakan aktiviti penyelenggaraan pokok yang melibatkan logistik dan keselamatan awam seperti skylift, lori, kren dan sebagainya. |
7 |
Bilakah tarikh tetap kerja-kerja pihak landskap seperti kutipan sampah pokok, potong pokok akan diselesaikan? |
Kebiasaannya mengambil masa kurang daripada 3 bulan tetapi tertakluk kepada keadaan tertentu dan juga peruntukan kewangan yang mencukupi bagi tahun semasa. |
MS