JABATAN KORPORAT DAN PENGURUSAN STRATEGIK |
||
BIL |
SOALAN |
JAWAPAN |
1 |
Apa itu Aduan Awam? |
Aduan Awam adalah maklumbalas yang diterima daripada orang awam mengenai perkhidmatan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) |
2 |
Adakah bukan penduduk Subang Jaya dibenarkan membuat aduan? |
Ya, bukan penduduk Subang jaya juga boleh membuat aduan. Ini termasuk mereka yang bekerja di Subang Jaya dan pengunjung Subang Jaya selagi aduan itu berkaitan dengan had penyelenggaraan dan bidang kuasa MBSJ |
3 |
Apakah yang diperlukan ketika membuat aduan? |
Pengadu diminta memberikan butiran diri yang lengkap dan no. telefon, perkara yang diadukan dan alamat lengkap lokasi aduan. Jika perkara tersebut tidak diberikan maka aduan tidak dapat direkodkan. Pengadu juga digalakkan memberi apa-apa dokumen sokongan untuk memperjelaskan aduan. |
4 |
Bagaimanakah saya mahu membuat aduan kepada MBSJ? |
a) Anda boleh menggunakan Sistem Aduan Online SISPAA MBSJ. https://spab.mbsj.gov.my b) Melalui email di aduan@mbsj.gov.my c) Melalui talian hotline MBSJ 03-80247700 d) Hadir Ke Kaunter Aduan MBSJ |
5 |
Adakah maklumbalas tindakan aduan akan diberikan? |
Maklumbalas tindakan aduan akan diberikan dalam masa 15 hari bekerja dari tarikh aduan diterima. Maklumbalas aduan akan diberikan melalui emel. Pihak pengadu juga boleh mendapatkan status aduan yang telah dibuat dengan menghubungi Talian 03-80247700 |
6 |
Bagaimanakah saya hendak menyemak status aduan saya ? |
Aduan boleh disemak secara online dengan memasukkan nombor aduan yang diberikan kepada anda semasa membuat aduan. Layari pautan berikut https://spab.mbsj.gov.my untuk semakan Aduan. |
7 |
Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya? |
Jenis aduan yang diterima oleh MBSJ adalah mengenai kelewatan pembersihan awam / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan. |
8 |
Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya? |
Semua aduan boleh dirujuk kepada MBSJ kecuali aduan-aduan terhadap dasar Kerajaan, perkara-perkara di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam, Badan Pencegah Rasuah dan Biro Bantuan Guaman. |
9 |
Apa yang boleh saya adukan kepada MBSJ ? |
MBSJ boleh menyiasat aduan-aduan selain tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan pentadbiran agensi-agensi Kerajaan Malaysia di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan (kecuali di Sabah dan Sarawak hanya di peringkat persekutuan) untuk menentukan sama ada tindakan itu salah, tidak adil atau tidak mengikut lunas undang-undang. |
10 |
Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan? |
Tiada bayaran dikenakan. |
11 |
Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain? |
Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon. |
12 |
Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama? |
Ya. MBSJ menerima aduan tanpa nama atau 'whistleblower’. Pada kebiasaannya kami tidak akan melakukan siasatan melainkan aduan itu membangkitkan sesuatu perkara yang serius dan terdapat maklumat mencukupi dalam aduan untuk membolehkan kami menjalankan siasatan. |
13 |
Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya? |
Jenis aduan yang diterima oleh MBSJ adalah mengenai kelewatan / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan. |
14 |
Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya? |
Semua aduan boleh dirujuk kepada MBSJ kecuali aduan-aduan terhadap dasar Kerajaan, perkara-perkara di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam, Badan Pencegah Rasuah dan Biro Bantuan Guaman. Kami tidak menerima aduan-aduan yang telah dirujuk kepada peguam atau mahkamah. |
15 |
Bagaimana cara membuat aduan? |
Anda boleh mengemukakan aduan melalui telefon, hadir sendiri, menulis surat, laman web kami dan semasa kami mengadakan program-program bertemu orang ramai. |
16 |
Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya? |
Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan MBSJ menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu. |
17 |
Apa berlaku kepada aduan saya? |
MBSJ akan menghantar Surat Akuan Terima kepada anda dengan segera. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda. Dalam kebanyakan kes, kami akan menelefon agensi berkenaan atau pegawai yang terlibat dan meminta penjelasan. Kami akan menulis kepada mereka untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang perlu. Kebanyakan aduan akan diselesaikan di peringkat ini. Sekiranya aduan membangkitkan isu yang serius dan kompleks, atau kami tidak puas hati dengan tindak balas awal agensi, kami mungkin akan membuat siasatan lanjut. Sekiranya kami tidak dapat menerima aduan anda atas sebab-sebab tertentu, kami akan menjelaskannya kepada anda. Anda akan diberitahu perkembangan siasatan. |
18 |
Berapa lama Majlis Bandaraya Subang Jaya membuat siasatan? |
Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat. Piagam Pelanggan kami menetapkan piawaian perkhidmatan dengan lebih terperinci. |
MS