MS

 JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

BIL

SOALAN

 JAWAPAN

1

Adakah peralatan logistik disewakan untuk orang awam?

  • Tidak. Peralatan logistik tidak disewakan kepada orang awam.
  • MBSJ hanya menyelaras pengurusan logistik dari segi permohonan, penghantaran dan pengambilan semula logistik untuk tujuan program-program berikut :
    • Program-program anjuran pihak Majlis sahaja.
    • Program-program luar anjuran pihak Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), pihak Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dan Agensi Kerajaan sahaja.

2

Adakah Bas MBSJ disewakan untuk kegunaan orang awam?

  • Tidak. Bas MBSJ tidak disewakan untuk kegunaan orang awam.
  • MBSJ hanya menyelaras pengurusan permohonan penggunaan kenderaan / bas untuk pihak luar seperti MPP, SUK, Dan Agensi Kerajaan bagi memastikan perjalanan kenderaan diurus dan diselenggara dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan sahaja.

3

Bilakah jawatan kosong akan dibuka?

  • Jawatan kosong MBSJ dibuka berdasarkan kekosongan jawatan.
  • Hebahan berkaitan sebarang kekosongan jawatan tersebut akan diiklankan di dalam laman web MBSJ dan di emel kepada Ketua Agensi Negeri Selangor untuk pemakluman lanjut.

4

Bagaimanakah cara memohon jawatan di MBSJ?

  • Melalui laman web MBSJ. Semuanya secara atas talian.

5

Saya telah memohon jawatan kosong yang telah diiklankan di Laman Web MBSJ namun belum menerima panggilan untuk permohonan tersebut sehingga hari ini?

  • Bagi jawatan kosong yang telah dipohon secara atas talian, pihak Majlis telah menyatakan perkara tersebut di dalam terma dan syarat, dimana sekiranya tiada maklumbalas dalam tempoh 3 bulan, permohonan tuan / puan dianggap tidak berjaya.

6

Adakah Bilik Mesyuarat / Dewan Kenanga MBSJ disewakan untuk kegunaan orang awam?

  • Tidak. MBSJ tidak menyediakan tempahan bagi Dewan Kenanga / Bilik Mesyuarat MBSJ untuk disewakan bagi kegunaan orang awam.