Aktiviti Bulan Januari 2009
| Gambar Aktiviti | Maklumat Aktiviti |
|---|---|
![]() |
Y.Bhg Dato' Adnan B. Hj Md. Ikshan telah muncul selama 30 minit di rancangan 1 Konsumer @ Bernama di saluran 502 Astro pada 4 Januari 2009. Rancangan wawancara tersebut telah dihoskan oleh Pn. Hjh Haslinda. Dato' YDP telah diminta mengulas mengenai kemudahan kemasyarakatan, kadar cukai taksiran dan hala tuju MPSJ pada 2009. Turut hadir pada sesi wawancara tersebut ialah Y. Bhg Datuk Hj Salleh Bin Yusup, Ketua Pengarah DBKL. |
![]() |
Pada 9 Januari 2009 bertempat di Dewan Kenanga, MPSJ telah diadakan Rakaman Bicara Muft TV 1 anjuran JAKIM. Sebanyak tiga topik yang diketengahkan iaitu Membentuk Mentaliti Kerja Yang Islami, Imam Teras Kesejahteraan, dan Amalan Khurafat Membawa Kemunduran. Ceramah disampaikan oleh S.S Dato' Hj. Abdul Majid Bin Omar, Timbalan Mufti Selangor. Turut sama dalam rakaman tersebut ialah Y.Bhg Dato' Adnan B. Hj Md. Ikshan, YDP MPSJ, serta Tn. Hj Slamat Bin Hamzah, SUP MPSJ |
![]() |
Pada 10 Januari 2009 bertempat di Surau Baiturahmah Seksyen 9, Putra Heights telah diadakan Forum Perdana Anjuran JKP Zon 7. Tajuk ceramah yang dibincangkan berkenaan "Hijrah Ke Arah Pemantapan Jatidiri Ummah". Forum ini dimoderator oleh Y.Bhg Ust. Riduan Mat Nor. Ahli - ahli panel yang dijemput ialah Y.Bhg. Ust. Dato' Abu Hassan Din Al - Hafiz dan Y.Bhg Ghazali Omar. |
![]() |
Pada 11 Januari 2009 bertempat USJ 16 telah diadakan Gotong - Royong Perdana Peringkat Negeri Selangor anjuran JKP Zon 6. Gotong - royong ini dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Adnan B. Hj Md. Ikshan, YDP MPSJ. Turut menyertai gotong-royong Tn. Mohammad Yusoff Bin Ghazali, TYDP MPSJ, Tn. Hj Slamat Bin Hamzah, SUP MPSJ, Y.B Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Tuan Gobind Deo Singh, Ahli Parlimen Puchong, serta para pegawai MPSJ. |
![]() |
Pada 11 Januari 2009 telah diadakan Program Sesi Dialog Bersama Pihak Polis Membanteras Jenayah Di Kawasan Kita Anjuran JKP Zon 15 bertempat di Dewan Serbaguna Batu 14, Puchong. Program ini diadakan bagi membincangkan permasalahan jenayah yang berlaku di sekitar kawasan Puchong. Para penduduk telah diberi taklimat oleh Penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Awam, PDRM serta pihak Metro Driving School. Turut hadir Y.Bhg Dato' Adnan B. Hj Md. Ikshan, YDP MPSJ, para pegawai MPSJ, Pegawai Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, serta pihak Metro Driving School. |
![]() |
Perhimpunan bulanan bulan Januari 2009 telah dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan pada 12 Januari 2009. Dato' YDP telah meyampaikan 4 pesanan kepada kakitangan MPSJ supaya jaga keyakinan dan harapan orang ramai terhadap MPSJ, takwin telah ditetapkan jadi diminta supaya kakitangan kurangkan pindaan supaya tidak mendatangakn masalah kepada mana-mana pihak. Selain memaklumkan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor akan dianjurkan oleh MPSJ dan MPSJ telah mendapat penghargaan dari Tan Sri KSN dalam ucapan beliau "Budaya Kerja MPSJ Perlu Dijadikan Contoh", |
![]() |
Pada 12 Januari 2009 bertempat di Dewan Kenanga, MPSJ telah diadakan Pemeriksaan Kesihatan Kakitangan MPSJ. Pemeriksaan Kesihatan ini akan diadakan 2 bulan sekali selepas perhimpunan bagi memeriksa tahap kesihatan kakitangan MPSJ. Antara aktiviti yang diadakan ialah pemeriksaan dari segi darah, tahap Glukosa, Tekanan Darah, Uric Asid dan BMI. |
![]() |
Pada 12 Januari 2009 seramai 20 orang dari Majlis Perbandaran Sandakan telah melakukan lawatan ke Pasar Moden SS15. Taklimat telah disampaikan oleh En. Ismail Bin Salim, Pengarah Pelesenan berkaitan dengan sistem perlesenan di MPSJ. |
![]() |
Pada 12 Januari 2009 seramai 19 orang dari Jabatan Teknologi MBSA telah melakukan lawatan ke MPSJ. Taklimat telah disampaikan oleh En. Amiruddin Bin Mohammad, Pengarah Teknologi Maklumat berkenaan dengan sistem ICT yang diaplikasikan oleh MPSJ. |
![]() |
Pada 14 Januari 2009 telah berlaku kejadian rumah terbakar di Flat Taman Puchong Perdana, Puchong. Kebakaran tersebut memusnahkan hampir keseluruhan peralatan rumah. Pihak MPSJ membantu keluarga mangsa dengan menempatkan sementara keluarga mangsa ke 'Council Home' Bandar Kinrara 6. Turut hadir Encik Sapiyan Bin Mohd Din, Ahli Majlis MPSJ, En. Azfarizal Bin Abdul Rashid, Penolong Pengarah Perhubungan Awam, En. Reyzal Bin Mazlan, Penolong Pengarah Kemasyarakatan. |
![]() |
Pada 17 Januari 2009 bertempat kawasan Lapang USJ 6 telah diadakan Gotong - Royong Perdana anjuran JKP Zon 6. Gotong - royong ini dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Adnan B. Hj Md. Ikshan, YDP MPSJ. Program ini turut disertai En.Tan Jo Hann, Ahli Majlis MPSJ. |
![]() |
Pada 18 Januari 2009 bertempat Dewan Masyarakat Sg. Besi Indah telah diadakan Sambutan Hari Ponggal anjuran JKP Zon 24. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Joseph Xavier A/L G.S.Antony, Ahli Majlis MPSJ. Turut hadir Encik Chang Kim Loong AMN, Ahli Majlis MPSJ, Encik Chia Kwai Loy, Ahli Majlis MPSJ serta para penduduk sekitar Sg. Besi Indah. |
![]() |
Pada 19 Januari 2009 seramai 7 pegawai dari Majlis Perbandaran Kuantan telah melakukan lawatan ke Ibupejabat MPSJ. Taklimat telah disampaikan oleh En.Azfarizal Bin Abdul Rashid, Penolong Pengarah Perhubungan Awam berkenaan Pengurusan Aduan, Jawatankuasa Penduduk serta Kaunter Bersepadu MPSJ. |
![]() |
Pada 20 Januari 2009, Squad Penyelamat MPSJ turut serta dalam operasi mencari mangsa lemas di Sg. Klang berhampiran Taman Kinrara 1. Mangsa yang dipercayai terjatuh dari jambatan akibat diragut telah ditemui di Kg. Seri Aman Puchong oleh para penduduk tempatan. Operasi ini turut disertai oleh PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan JPA 3. |
![]() |
Pada 20 Januari 2009 seramai 22 pegawai dari Majlis Bandaraya Shah Alam telah melakukan lawatan ke Ibupejabat MPSJ. Taklimat telah disampaikan oleh Nor Shahela Bt Hamzah, Penolong Akauntan berkenan Pengurusan Perbendaharaan. |
![]() |
Pada 30 Januari 2009 bertempat di Laman Kenanga telah diadakan Majlis Bacaan Yassin bagi bulan Januari 2009. Majlis ini telah dihadiri oleh Tn. Mohamad Yusoff Bin Ghazali, TYDP MPSJ, pegawai - pegawai MPSJ serta kakitangan MPSJ. Majlis bacaan Yassin kali ini dikelolakan oleh Jabatan Kesihatan MPSJ. |














