Cabutan Bertuah Kempen Bayaran

Cukai Taksiran 2026

  • Terma dan syarat cabutan bertuah kempen bayaran cukai taksiran bersempena ulang tahun MBSJ yang ke 6 adalah seperti berikut:

Perkara

Butiran

  1. Kelayakan Penyertaan
  • Terbuka kepada semua pemilik individu pegangan cukai yang mempunyai akaun cukai taksiran berdaftar dengan MBSJ.
  • Pelanggan perlu membuat bayaran penuh cukai taksiran MBSJ untuk tempoh 2 penggal (1 tahun) menggunakan DuitNow QR di PBTPay.
  • Akaun cukai taksiran mestilah tiada tunggakan pada tarikh tutup penyertaan.
  • Pemilik yang menepati terma dan syarat layak untuk menyertai cabutan secara automatik tetapi hanya 1 hadiah sahaja untuk 1 pemilik.
  • Akaun cukai yang diberikan pengecualian bayaran cukai seperti rumah kos rendah dan kampung tradisi (yang mendapat pengecualian cukai) tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.
  1. Tempoh Kempen
  • Tempoh kempen bermula pada 1 Disember 2025 sehingga 28 Februari 2026.
  • Bayaran yang dibuat sebelum atau selepas tempoh ini tidak layak untuk menyertai kempen ini.
  1. Pemilihan Pemenang
  • Pemenang akan dipilih secara rawak melalui sistem cabutan elektronik atau kaedah yang ditentukan oleh MBSJ.
  • Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan.
  1. Pengumuman dan Penebusan Hadiah
  • Pemenang cabutan bertuah akan diumumkan pada masa yang akan ditentukan oleh pihak Majlis.
  • Pemenang akan dihubungi melalui maklumat yang tersedia dalam rekod MBSJ.
  • Jika pemenang gagal dihubungi dalam tempoh yang ditetapkan, hadiah akan dibatalkan atau diserahkan kepada peserta lain.
  1. Lain-lain
  • MBSJ berhak mengubah terma dan syarat tanpa notis awal.
  • Pelanggan yang ingin menyertai cabutan bertuah ini dianggap bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan.
MS