Aktiviti Bulan Julai 2008


Gambar AktivitiMaklumat Aktiviti

Lawatan MPSJ Ke Daerah Hulu Selangor

MPSJ telah melawat ke  Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada 3 Julai 2008 bagi membincangkan berkenaan masalah yang dihadapi MDHS seperti cukai taksiran. MDHS juga akan berkerjasama dengan MPSJ dalam membangunkan dari segi taman reakresi MDHS

Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Pada 9 Julai 2008, Y.BhgDato' Adnan Bin Md Ikshan, YDP MPSJ bertempat di Bilik Kenanga telah menyampaikan sumbangan kepada 4 keluarga yang telah menjadi mangsa banjir di Kampung Lama Batu 13 1/2 di Puchong.

Malam Jalinan Kasih

Malam Jalinan Kasih telah diadakan pada 18 Julai 2008 bertempat di Dewan Puchong Indah, Puchong. Malam Jalinan Kasih diadakan khas bagi Mantan Ahli Majlis serta Ahli Majlis yang baru.

Kejohanan Bola Sepak 9s Piala MPSJ 2008

Pada 19 Julai 2008 bertempat di Kompleks MPSJ telah diadakan Kejohanan Bola Sepak 9s Piala YDP MPSJ 2008. Sebanyak 48 buah pasukan yang telah mengambil bahagian. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg Dato' Adnan Bin Mohd Ikshan, YDP MPSJ.

Kejohanan Bola Jaring Terbuka MPSJ 2008

Kejohanan Bola Jaring Terbuka MPSJ 2008 telah diadakan pada 26 Julai 2008 di Stadium Tertutup Serdang Jaya. Sebanyak 20 pasukan yang telah mengambil bahagian. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg Dato' Adnan Bin Md Ikshan, YDP MPSJ.

Pelancaran Jom Kibar Jalur Gemilang 2008

Pada 28 Julai 2008 di Bilik Kenanga, MPSJ telah diadakan Pelancaran Jom Kibar Jalur Gemilang 2008. Pelancaran ini turut dihadiri oleh Puan Hannah Yeoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, YBhg Dato' Adnan Bin Md Ikshan, Yang Dipertua MPSJ.


MS