Aktiviti Bulan Julai 2009
| Gambar Aktiviti | Maklumat Aktiviti |
|---|---|
![]() |
MPSJ telah mengadakan jamuan perpisahan ahli-ahli majlis sesi 2008-2009 pada 3 Julai 2009 yang bertempat di Medan Ikan Bakar Jeram Bt 20 Kuala Selangor. Mantan Ahli Majlis En.Keshminder Singh a/l K.Karam Singh mengerusi ucapannya mewakili Ahli Majlis yang lain berharap wujud kesinambungan terhadap usaha-usaha pembangunan yang telah dirancang selama ini. Turut hadir Dato' YDP, Pengurusan Tertinggi MPSJ dan mantan Ahli Majlis- Ahli Majlis lain. |
![]() |
Timbalan Menteri iaitu Y.B Senator Dato' T. Murugiah a/l Thopasamy Menteri Di Jabatan Perdana Menteri beserta Tuan Mohamad Yusoff b. Ghazali TYDP, En.Ahmad Faizal bin Azhar PPKM dan En. Mohamad Junus bin Baharom PPP telah turun padang melawat kawasan sekitar Putra Height pada 3 Julai 2009 bagi melihat sendiri isu berkaitan Kiosk MPSJ. |
![]() |
Pada 3 Julai 2009, telah berlangsung satu perjumpaan Ibu bapa bersama wakil pekerja di Dewan Kenanga. Perjumpaan yang julung-julung kali diadakan ini adalah bagi membincangkan isu-isu di TASKA seperti penyakit berjangkit dan penambahbaikan TASKA seperti penubuhan persatuan ibu bapa, gotong-royong, dana dan sebagainya. |
![]() |
Pada 4 Julai 2009 satu Karnival Bola Sepak 7 sebelah anjuran JKP Zon 18 yang telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan seksyen 1 Bandar Kinrara dan telah disertai oleh 20 pasukan. Tujuan program tersebut adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk berbilang kaum khususnya di Bandar Kinrara. En. Cheah Sang Soon Ahli Majlis MPSJ turut hadir bagi memberikan sokongan dan telah menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang. |
![]() |
Pada 4 Julai 2009 bertempat di Dewan Serbaguna MPSJ Bt 14 Puchong telah berlansung Karnival Wanita Puchong anjuran JKP Zon 12 dan JKP Zon 13. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Forum Wanita bertajuk "CANTIK DI MATA CANTIK DI HATI", Pertandingan bercerita & mewarna, Persembahan Nasyid, Demo pemakaian tudung dan Senaman Poco-Poco. Turut hadir Y.B Gobind Singh Deo dan Y.B Teresa Kok. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kau wanita tentang kecantikan sebenar yang perlu ada pada seorang wanita. |
![]() |
Perhimpunan Bulanan MPSJ bagi bulan Julai telah berlangsung pada 6 Julai 2009 dan dikendalikan oleh Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Hasil di Kompleks Sukan MPSJ. Y. Bhg Dato' adnan Bin Hj. Md. Ikshan di dalam ucapannya menegaskan tentang kepentingan merancang perbelanjaan dengan sistematik dan simpanan untuk masa depan. Di majlis yang sama dato' YDP turut merasmikan Program Q Quest Challenge 2009 yang disertai oleh 13 jabatan dan menyampaikan hadiah bagi beberapa aktiviti yang telah dijalankan. |
![]() |
Pada 7 Julai 2009 TYDP Tuan Mohamad Yussof b. Ghazali, Jurutera MPSJ En. Mohd Ariffudin b. Kamari dan wakil pemaju telah turun padang ke kawasan BK 2 & BK 4 bagi meninjau isu berkaitan aduan penduduk tentang kemalangan basikal yang kerapkali berlaku di laluan utama penduduk di kawasan Bandar Kinrara. |
![]() |
MPSJ telah mengadakan Upacara Melfaz Ikrar dan Menandatangani Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MPSJ bagi tempoh 2009/2010 pada 9 Julai 2009 bertempat di MPSJ. Seramai 17 Ahli Majlis MPSJ terlibat. 4 muka baru telah dilantik pada sesi kali ini iaitu En.Tan Siang Chiok, Dr. Loi Kheng Min, En. Rajiv a/l Rishyakaran dan En.Chong Hoon Ming. Y. Bhg. Dato' Adnan b. Hj. Md. Ikshan turut melafaz ikrar bagi menerima tugasan sebagai pengerusi Ahli Majlis MPSJ. |
![]() |
Pada 11 Julai 2009 bertempat di padang permainan USJ 11/3 telah diadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama Persatuan Penduduk USJ 11/3 anjuran JKP Zon 3. Majlis diserikan dengan acara memotong kek. Turut hadir Y.B. Gwo Burne Loh, Majlis Perbandaran Kelana Jaya dan En.Hazman b. Mahayudin, Penolong Pengarah Kanan Perancang Bandar MPSJ. |
![]() |
Pada 18 Julai 2009 telah diadakan Majlis Perasmian Bazar Malam MPSJ 'Nite Walk' Taman Puchong Utama. Majlis yang dirasmikan oleh Y. bhg. Dato' Adnan b. Hj. Md. Ikshan YDP MPSJ ini turut dihadiri oleh En. Hamdan Ismail Ahli Majlis MPSJ. Hampir 100 gerai jualan telah beroperasi pada malam tersebut. |
![]() |
Program gotong royong telah diadakan di jalan SS19/4F pada 19 Julai 2009. Y.B Hannah Yeoh ADUN Subang Jaya dan Pn. Tharesa Ratnam Ahli Majlis MPSJ yang juga pengerusi JKP Zon 1 turut hadir bersama 50 orang penduduk dari pelbagai kaum untuk menjayakan program gotong royong tersebut. |
![]() |
The Summit USJ dengan kerjasama NewsStrait Times, SJ Echo dan JKP ZOn 4 telah menganjurkan 'Car Boot Sale' pada 19 Julai 2009 bertempat di tempat letak kereta The Summit USJ. Jualan berkonsep terbuka ini telah mengumpulkan 50 ornag peniaga dengan pelbagai jenis barang jualan. Di majlis yang sama Y. Bhg. Dato' Adnan b. Hj. Md Ikshan YDP MPSJ dan Y.B Hannah Yeoh ADUN Subang Jaya telah menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia. |
![]() |
Pada 21-22 Julai 2009, MPSJ telah menghantar 2 pasukan bagi menyertai Konvensyen KMK ( Kumpulan Meningkat Mutu Kerja) ke 22 Peringkat Negeri Selangor bagi Sektor Awam 2009. Kumpulan Rasuk dari Jabatan Bangunan mewakili MPSJ bagi kategori pengurusan dengan tajuk 'Mempercepatkan Proses Kelulusan Permit Sementara Pembinaan di MPSJ'. Manakala Jabatan Teknologi Maklumat dengan nama Kumpulan PHP mewakili MPSJ bagi kategori teknikal mempertaruhkan tajuk ' Tahap Penggunaan Mesin Kiosk Informasi MPSJ Sangat Lemah'. |
![]() |
Bertempat di padang permainan SS19 telah diadakan Program Mesra Rakyat Penduduk SS19 anjuran JKP Zon 1 pada 24 Julai 2009. Turut hadir di majlis tersebut Y.B Hannah Yeoh ADUN Subang Jaya, Supt. Abdul Aziz b. Abdul Majid mewakili IPD Subang Jaya, Pn. Tharesa Ratnam Ahli Majlis MPSJ. Sesi dialog yang diadakan pada malam tersebut sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah penduduk di SS19, terutamanaya isu keselamatan. |
![]() |
MPSJ dengan kerjasama IPD Subang Jaya telah mengadakan operasi penurunan banting dan baner haram pada 24 Julai 2009. Operasi yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato' Adnan b. Hj. Md. Ikshan YDP MPSJ telah memberi fokus pada kawasan Bandar Puteri Puchong. Operasi ini bertujuan untuk menggagalkan aktiviti-aktiviti menggantung baner haram oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. |
![]() |
Pada 25 Julai 2009 telah diadakan Temasya Sukan KAFA Integrasi Nurul Hidayah Taman Batu 3 di padang permainan Taman Mutiara Subang. Acara sukaneka yang melibatkan pelajar sekolah diantara usia 6-12 tahun ini telah meningkatkan lagi semangat daya saing diantara mereka. Ahli Majlis MPSJ dan juga Pengerusi JKP Zon 5 turut hadir memberi sokongan kepada program ini. |
![]() |
Program Pembangunan Usahawan MPSJ 2009 diteruskan lagi dengan Bengkel Kulinari membuat muffin dan kek pada 25 Julai 2009 bertempat di Kompleks 3C. Program dengan kerjasama Pusat Latihan Seni Kulinari Nonee Enterprise ini terbuka kepada orang ramai dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari 25 orang peserta. |
![]() |
Pada 25-26 Julai 2009 MPSJ telah membuka Kaunter Bergerak di Balai Masyarakat Pinggiran USJ Sek. 3. Tujuan Kaunter bergerak tersebut adalah bagi memudahkan penduduk di sekitar kawasan bagi melunaskan bayaran cukai pintu dan juga saman. Sambutan daripada penduduk di Pinggiran USJ amat menggalakkan. |
![]() |
JKP Zon 17 telah menganjurkan program gotong-royong pada 26 Julai 2009 di Kg. Bunga Melor Bt. 14 Puchong. Program dengan kerjasama pihak Alam Flora Sdn. Bhd. ini mendapat sambutan baik dari penduduk setempat demi kebersihan dan keindahan di kawasan penempatan mereka. |
![]() |
Bertempat di perkarangan Pusat Beli Belah The Summit USJ pada 26 Julai 2009 telah diadakan Kejohanan Terbuka Bola Keranjang 3 Sebelah & Sepak Raga Bulatan. Bagi merebut Piala ADUN Subang Jaya bagi bola keranjang dan Piala Parlimen Kelana Jaya bagi sepak raga bulatan, sebanyak 20 pasukan telah mengambil bahagian di Kejohanan ini yang telah dirasmikan oleh Y.B Hannah Yeoh ADUN Subang Jaya. turut diadakan pameran berkaitan Virus Influenza H1N1 di program yang sama. |
![]() |
MPSJ dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah MPSJ 2009 pada 29 Julai 2009. Bertempat di Laman Kenanga MPSJ, seramai 132 orang yang telah mendaftarkan diri sebagai penderma dan hanya 93 orang sahaja yang diluluskan untuk menderma. Selebihnya tidak dibenarkan atas faktor-faktor kesihatan. program ini mendapat respon positif dari wargakerja MPSJ dan orang ramai. |
![]() |
Pada 29 Julai 2009 telah diadakan kelas bimbingan Al-quran di Dewan Kenanga MPSJ. Tujuan kelas bimbingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan juga persediaan awal bagi mereka yang bakal menyertai Akademi Al-Quran peringkat MPSJ yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti. Kelas bimbingan ini telah dipimpin oleh Ustaz Zamri b. Mohd Zainuddin dari Mantop Training and Consultancy. |
![]() |
Seramai 48 anggota penguatkuasa MPSJ telah menyertai Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat Piala Dato' Menteri Besar Selangor dan 37 anggota menyertai Kawad Farmasi Piala dato' Bandar Petaling Jaya pada 31 Julai 2009 di Stadium Petaling Jaya. Dengan motto Cekap, Adil dan Prihatin, kontijen MPSJ yang diketuai oleh Tuan Ahmad b. Hassan, Pegawai Penguatkuasa MPSJ telah mendapat tempat ke 3 dalam Pertandingan Kawad Lintas Hormat Piala Dato' Menteri Besar. Pertandingan ini melibatkan penyertaan PBT seluruh Malaysia. Y.B Tuan Ronnie Liew Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan hadiah kepada pemenang. |





















