Aktiviti Bulan Julai 2010
| Gambar Aktiviti | Maklumat Aktiviti |
|---|---|
![]() |
Majlis Penyerahan Balai Polis Bergerak telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif IOI Group iaitu Dato’ Lee Yeow Chor kepada Dato Khalid bin Abu Bakar selaku Ketua Polis Selangor. Majlis berkenaan berlangsung di IOI MALL Puchong pada 3 Julai 2010. Tujuan penyerahan berkenaan adalah sebagai sumbangan dalam membantu tugasan pihak polis membuat rondaan sekaligus memberi penghargaan kepada pihak polis yang banyak memberi kerjasama kepada pihak IOI PROPERTIES selama ini. Majlis yang berlangsung jam 2.00 petang berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan wushu. MPSJ turut memberi penglibatan dengan menghantar Skuad Penyelamat dan Unit Hotline untuk membuat demonstrasi dan gimik sewaktu penyerahan balai polis berkenaan diadakan. MPSJ turut mengambil peluang dengan membuka kaunter bayaran cukai kepada orang ramai selain pameran berkaitan Skuad Penyelamat dan Unit Hotline MPSJ sebagai pendedahan kepada orang ramai. |
![]() |
Bertempat di Dewan Sivik MBPJ pada 6 Julai 2010, telah berlangsungnya Majlis Penghargaan Anugerah Zon Bersih PBT Selangor 2010 yang turut dihadiri oleh Dato Menteri Besar Selangor. MPSJ telah berjaya merangkul kejayaan dalam beberapa kategori antaranya merangkul Johan Pertandingan Zon Bersih PBT Selangor Kumpulan 1, memenangi Anugerah kriteria Pemantauan Kebersihan dan Anugerah Khas Zon Bersih Zon 6. |
![]() |
Sempena Anugerah Kualiti dan Anugerah Bandar Lestari 2010, MPSJ telah didatangi beberapa panel penilai bebas untuk menilai kualiti perbandaran di MPSJ. Lawatan telah diadakan selama 2 hari bermula pada 12 Julai 2010 dan berkhir pada 13 Julai 2010. Jabatan Perkhidmatan Bandar telah menjadi urusetia selama program ini berlangsung. |
![]() |
MPSJ telah menerima kunjungan lawatan dari Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada Isnin, 12 Julai 2010. Sesi lawatan sekitar jam 9.00 pagi berkenaan telah di bawa ke bilik Mesyuarat MPSJ untuk sesi taklimat. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Encik Hazman Mahayuddin, selaku Pegawai Perancang Bandar dan lebih menjurus kepada penerangan berkenaan isu gated community di kawasan MPSJ. Taklimat seterusnya adalah oleh Encik Ainol Salnee Salim, selaku Penolong Pegawai Penguatkuasa yang berkisar mengenai perlaksanaan kunci saman yang dijalankan di MPSJ dan taklimat terakhir secara ringkas turut disampaikan oleh Puan Salwa Binti Abd Rahman selaku Penolong Pegawai Sistem Maklumat yang menjurus kepada penerangan berkenaan Kioks Pembayaran yang telah dilaksanakan di MPSJ. Selepas sesi soal jawab, rombongan lawatan kerja berkenaan turut dibawa melawat ke Kioks Pembayaran, Kaunter Bersepadu, Taipan USJ 10 untuk meninjau Kunci Saman dan ke kawasan Gated Community di USJ 16. |
![]() |
Majlis Melafaz Ikrar dan Menandatangani Pengakuan Sebagai Ahli Majlis Sessi 7 Julai 2010 - 31 Disember 2011 telah berlangsung pada 15 julai 2010 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kenanga MPSJ. Seramai 24 orang Ahli Majlis telah melangsungkan sessi melafaz ikrar dan menandatangani pengakuan sebagai Ahli Majlis berkenaan dengan mengekalkan 18 muka lama dan 6 muka baru bagi sessi pada tahun ini. Sessi fotografi telah berlangsung setelah selesai majlis berkenaan di lobi MPSJ. |
![]() |
Majlis berlangsung di Kampung Seri Aman pada 17 Julai 2010 jam 12.00 tengahari sempena kejayaan MPSJ dalam merangkul beberapa kategori dalam Anugerah Zon bersih PBT Negeri Selangor 2010. Majlis berkenaan diadakan sempena menghargai penduduk dan warga MPSJ yang bertungkus-lumus memberi kerjasama dan faktor utama kejayaan pelaksanaan program Zon bersih ini adalah bergantung kepada strategi yang mantap, komitmen MPSJ dan kerjasama penduduk setempat. Program Zon Bersih ini telah berjaya mengubah persekitaran JKP Zon 12 menjadi lebih bersih dan indah disamping penduduk setempat dapat menikmati kemudahan awam dan infra yang disediakan di zon tersebut seperti taman permainan, wakaf, jeti, tempat letak kenderaan, kemudahan OKU, balai masyarakat dan tandas awam. |





