Majlis telah membahagikan kawasan pentadbirannya kepada dua kawasan iaitu:
Dua Aras Nilaian ini disebabkan oleh persempadanan semula kawasan dalam Majlis Daerah Petaling pada Januari 1997 yang lalu.
a. |
Subang Jaya, PJS 7,9,11 dan Bandar Sunway | Aras Nilaian Tahun 1992 |
b. | Lain-lain kawasan selain daripada Subang Jaya, PJS 7,9,11 dan Bandar Sunway |
Aras Nilaian Tahun 1996 |
Bagi bangunan, Nilai Tahunan adalah anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyelenggaraan atau pemeliharaan dan segala kadar dan cukai awam. Bagi tanah kosong pula, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 10% daripada nilai pasaran tanah tersebut.
Boleh Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 membenarkan pindaan nilaian Cukai Taksiran (pindaan kepada senarai nilaian) dibuat disebabkan oleh:
a) atau sesuatu pegangan berkadar telah dinilaikan dengan tidak mencukupi atau dengan berlebihan atau kerana apa-apa jua sebab lain, sesuatu pegangan berkadar telah tidak dimasukkan dalam Senarai Nilaian itu;
b) apa-apa bangunan yang didirikan, diubah suai, diubah, diruntuhkan atau dibina semula, atau kemajuan lain dibuat pada sesuatu pegangan berkadar, nilainya telah dinaikkan;
c) apa-apa bangunan atau bahagian sesebuah bangunan diruntuhkan atau apa-apa kerja lain dijalankan di atas pegangan berkadar, nilainya telah diturunkan;
d) apa-apa pegangan berkadar yang telah dimasukkan dalam suatu nilaian bersama dan yang pada pendapat Pegawai Penilai sepatutnya telah dinilai secara berasingan atau selainnya;
e) dikeluarkan apa-apa hakmilik baru mengenai sesuatu pegangan;
f) apa-apa perubahan pada pegangan berkadar disebabkan oleh mana-mana undang-undang berhubungan perancangan, yang mengakibatkan nilai secara berasingan atau selainnya;
a) Pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ke atas bangunan baru.
b) Pengeluaran hakmilik tanah baru (pecahan dan penyatuan lot tanah)
c) Perubahan syarat nyata tanah
d) Perubahan material kegunaan bangunan contohnya seperti daripada kediaman kepada taska atau daripada bangunan pejabat kepada Bajet Hotel.
e) Pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ke atas sambungan dan tambahan bangunan kepada bangunan sediada.
f) Sambungan dan tambahan bangunan kepada bangunan sediada walaupun tidak menerima Sijil Layak Menduduki (CFO) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
g) Bangunan telah diduduki oleh pemilik harta tanah walaupun tidak menerima Sijil Layak Menduduki (CFO) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
Bangunan yang diduduki sendiri, bangunan yang boleh disewakan tetapi ditinggalkan kosong dan bangunan yang disewakan, kesemuanya mempunyai "Nilai Sewa". Oleh itu, untuk menentukan Nilai Tahunan bagi sesebuah bangunan, maka bangunan tersebut akan diandaikan sebagai "kosong dan untuk disewa" dan anggaran sewa bulanan diasaskan pada sewaan yang dibayar untuk bangunan-bangunan sejenis yang berdekatan.
Pihak Majlis boleh pada bila-bila masa meminda nilaian itu dengan sewajarnya berdasarkan kepada sebab-sebab seperti yang dinyatakan di atas.
Tidak. Pindaan kepada senarai nilaian hanya dilaksanakan kepada pegangan-peganganyang termasuk di dalam kategori seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 144 di atas. Kadar sewa yang digunakan adalah kadar sewa lama seperti yang telah digunapakai untuk bangunan asal pegangan tersebut. Proses Penilaian Semula pula adalah proses penguatkuasaan nilaian baru yang dilaksanakan secara serentak ke atas semua pegangan yang terdapat di dalam kawasan Majlis di mana kadar sewa yang digunapakai adalah kadar sewa tahunan semasa penilaian semula itu dilaksanakan
Semua pemilik pegangan yang terlibat akan menerima Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang menyatakan Nilai Tahunan dan Cukai Taksiran baru beserta tarikh kuatkuasa Cukai Taksiran tersebut.
Luas bangunan sambungan / tambahan x Kadar sewa semester persegi (sebulan) x 12 bulan = | Jumlah sewa setahun bagi bangunan tambahan | |||||
(+) | Nilai Tahunan Lama | |||||
-------------------------- |
||||||
= | Nilai Tahunan Baru | |||||
(x) | Kadar (%) | |||||
-------------------------- | ||||||
Cukai Taksiran Baru |
Bagi tanah kosong pula, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 10% daripada nilai pasaran tanah tersebut.
Seseorang yang terkilan atas mana-mana daripada alasan yang berikut:
i.) bahawa sesuatu pegangan yang telah dikenakan Cukai Taksiran itu telah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar;
ii.) bahawa sesuatu pegangan yang dinilai itu adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan Cukai Taksiran;
iii.) bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya;
iv.) bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan Cukai Taksiran; atau
v.) bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.
Boleh membuat bantahan bertulis kepada pihak Majlis mengikut tempoh seperti yang ditetapkan di dalam Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian serta diberi peluang untuk didengar sendiri atau melalui ejen yang diberi kuasa.
Cukai Taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya meliputi harta-harta berikut:
- Kediaman
Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya;
- Perniagaan
Kedai, kedai/pejabat, kompleks membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi dan sebagainya;
- Perindustrian
Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sebuah;
- Tanah Kosong
Tanah Pertanian, tanah pembangunan
Cukai Taksiran dikuatkuasakan bagi membiayai:
- Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, kebersihan jalan, parit dan pemotongan rumput;
- Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar;
- Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan;
- Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar, padang permainan kanak-kanak, tempat rekreasi dan sebagainya.
Setengah tahun pertama di antara 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun; dan
Setengah tahun kedua di antara 1 Julai hingga 30 Ogos setiap tahun.
Anda boleh datang ke Kaunter Bersepadu di MPSJ dengan membawa salinan bil Cukai Taksiran yang terdahulu atau nombor akaun bil Cukai Taksiran untuk mendapatkan cetakan bil yang terkini.
Sekiranya anda tidak ingat nombor akaun bil tersebut, sila bawa bersama butir-butir harta bagi membolehkan semakan dibuat. Anda juga boleh mendaftar bersama My@MPSJ untuk menyemak bil Cukai Taksiran Anda.
- Denda diantara RM5 hingga RM20 bagi setiap penggal berdasarkan baki tunggakan.
- Notis (Borang E) akan dikeluarkan dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh notis dikeluarkan.
- Waran tahanan akan dikuatkuasakan dan kadar sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan ke atas keseluruhan tunggakan.
- Tindakan sita dan melelong harta alih.
- Tindakan mahkamah.
- Kesemua kos yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada tunggakan.
Isi dan lengkapkan Borang I (Borang Pindahmilik),
Sertakan salinan Surat Perjanjian Jual-beli atau salinan Geran Hak Milik yang mempunyai nama pemilik yang baru,
Sertakan salinan resit bil Cukai Taksiran terkini yang telah dijelaskan.
Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh pindahmilik boleh menyebabkan anda dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu Ringgit Malaysia (RM 2,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam (6) bulan atau kedua-duanya.
Isi borang permohonan tukar alamat surat-menyurat secara online di sini.
Sekiranya bangunan anda kosong dan tidak diduduki untuk tempoh melebih satu (1) bulan, anda boleh memohon pulangan balik atau remisi dengan mengisi Borang Permohonan Elaun Kekosongan/Remisi dengan menyertakan bukti-bukti berikut:-
Bangunan tersebut dalam keadaan baik dan layak diduduki;
Segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan penyewa telah dibuat (sertakan keratan iklan dalam surat khabar dan salinan resit pengiklanan atau surat daripada agen hartanah yang dilantik);
Bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu tuntut.
Permohonan perlu dikemukakan pada setiap awal penggal selama tempoh bangunan tersebut masih kosong. bagi bangunan yang digunakan untuk ruang pejabat, perniagaan atau gudang, hanya keluasan yang melebihi 1,000 kaki persegi pada tingkat yang sama sahaja layak memohon remisi.
Pemilik adalah dinasihatkan untuk datang sendiri ke Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk berunding dengan pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Hasil.
- Mengikut kuasa yang diberikan oleh Seksyen 140, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171), pihak Majlis boleh mengkehendaki pemilik mengemukakan maklumat-maklumat berkaitan luasnya, tempat letaknya, kualiti, guna dan sewanya serta segala maklumat yang perlu untuk menyediakan Senarai Nilaian bagi maksud penguatkuasaan Cukai Taksiran. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh, pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan jika perlu, mengukurnya.
- Seseorang yang enggan memberikan maklumat-maklumat berkaitan dalam tempoh dua (2) minggu, membuat penyataan palsu atau menghalang pihak berkuasa tempatan daripada menjalankan tugas-tugas diatas boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih lebih daripada dua ribu Ringgit Malaysia (RM 2,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam (6) bulan atau kedua-duanya.
Mendaftar dengan My@MPSJ
- Anda boleh menyemak sendiri baki terkini bil cukai taksiran anda
- Anda boleh menyemak sendiri kompaun trafik MPSJ, tempahan dewan serbaguna MPSJ, dan pelbagai kemudahan lain
- Pendaftaran ahli my@MPSJ boleh dibuat di kaunter bergerak, Ibu Pejabat MPSJ, atau mendaftar terus secara online melalui website MPSJ
Bayaran tunai di Kaunter Bersepadu di Majlis Perbandaran Subang Jaya serta Pejabat Cawangan Puchong dan Seri Kembangan.
Bayaran tunai di Pejabat Pos (kawasan Lembah Klang dan Selangor) dalam bulan Januari-Februari dan Julai-Ogos setiap tahun.
Melalui cek atau kiraman wang pos di atas nama 'Majlis Perbandaran Subang Jaya' dengan mencatatkan nama, nombor telefon, alamat surat menyurat dan nombor akaun di belakang cek. Serta bil atau butiran mengenai harta berkaitan.
Pembayaran cukai taksiran MPSJ boleh dibuat di semua kaunter kutipan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Dan Daerah Galian (PTDG) Negeri Selangor menggunakan bil serta jumlah terkini dan secara tunai sahaja.
Pembayaran melalui Perkhidmatan Online Bank, (Ambank, CitiBank, Bank Islam, Maybank2U, CIMB Bank, Public Bank, MBF, RHB, BSN, UOB atau HSBC, Pos Online)
Mendaftar dan membayar melalui E-Gov