MS

JABATAN KONTRAK & UKUR BAHAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.

Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai iklan perolehan Tender dan Sebut Harga yang di keluarkan oleh MBSJ?

Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat berkenaan melalui Notis Sebut harga/Tender di portal MBSJ https://portal.mbsj.gov.my/ dan tekan pautan ‘perkhidmatan’ dan juga di Tender Online Selangor 2.0 https://tender.selangor.my/

2.

Bagaimana cara untuk membeli Tender / Sebut Harga di MBSJ?

Pembelian Tender / Sebut Harga dilakukan secara atas talian di laman sesawang https://tender.selangor.my/

3.

Bagaimana cara untuk mendaftar?

Untuk langkah-langkah pendaftaran, petender perlu melayari laman sesawang Sistem Tender Online Selangor 2.0 di alamat https://tender.selangor.my/ dan tekan ke pautan ‘panduan pengguna’ atau melayari https://tender.selangor.my/manuals/pendaftaran untuk manual pendaftaran.

1. Klik pautan "Daftar Akaun" di atas sebelah kanan Laman Utama.

2. Sistem akan memaparkan notifikasi "Akaun anda telah didaftarkan. Sila semak email untuk pengesahan akaun."

3. Login kepada emel yang didaftarkan tadi dan klik pada link di dalam email yang dihantar oleh SISTEM TENDER ONLINE SELANGOR 2.0.

4. Sistem akan memaparkan notifikasi "Akaun anda telah disahkan. Sila log masuk."

5. Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":-Maklumat Syarikat . Maklumat yang bertanda * merupakan maklumat wajib diisi. Klik pada butang "Seterusnya" untuk sistem memaparkan tab maklumat seterusnya.

6. Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":- Pegawai .Klik pada butang "Seterusnya" untuk sistem memaparkan tab maklumat seterusnya.

7. Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":- MOF .Klik pada butang "Seterusnya" untuk sistem memaparkan tab maklumat seterusnya.

(Fail MOF (jika ada), CIDB (jika ada), Bumiputra PKK (jika ada) wajib dimuat naik dan mestilah selai dengan maklumat yang diisi. Jika terdapat percanggahan maklumat, permintaan pengesahan akan ditolak dan syarikat mestilah mengulangi proses pengesahan semula)

8. Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":-CIDB . Jika ada.

9. Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":-Pemegang Saham . Sila klik butang "Simpan" setelah memasukkan setiap data pemegang saham.

10. Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":- Fail .

11. Klik butang "Hantar" setelah selesai. Klik butang "Pasti" untuk menghantar pendaftaran syarikat.

12. Sistem akan menghantar emel mengenai pendaftaran syarikat anda diluluskan atau tidak.

4.

Adakah dikenakan yuran bagi pendaftaran dan berapakah jumlah yang yang dikenakan?

Ya, setiap pendaftaran dikenakan yuran berjumlah RM 100.00 setahun.

5.

Adakah perlu pembaharuan pendaftaran?

Ya, pendaftaran hanya sah dalam tempoh setahun dari tarikh kelulusan dan pembaharuan perlu dibuat dengan kadar yang sama iaitu RM 100.00.

6.

Selepas mendaftar di laman sesawang, apakah langkah-langkah selanjutnya yang perlu kontraktor lakukan?

Kontraktor perlu menunggu pengesahan pendaftaran diluluskan oleh ‘Agensi Pengesahan’ dan setelah itu, kontraktor boleh membeli perolehan Tender dan Sebut Harga secara atas talian.

7.

Sekiranya, saya ada masalah, kepada siapakah saya boleh berhubung ?

Sekiranya anda menghadapi masalah semasa pendaftaran, anda boleh menghubungi pihak pentadbiran Sistem Tender Online Selangor 2.0.

Jika masalah anda adalah berkaitan dengan iklan atau dokumen tender/sebut harga yang ingin dibeli, anda boleh hubungi agensi-agensi yang terlibat dengan melihat kategori agensi. Tercatat alamat dan nombor telefon untuk maklumat lanjut.

Jika masalah berkenaan sistem dan pembayaran, anda boleh menggunakan borang "Hubungi Kami". Maklumbalas akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.

Saya tidak boleh membeli tender. "Anda tidak layak untuk membeli tender ini, sila lihat kelayakan pada profil anda". Anda mungkin tidak mempunyai kelayakan yang dikehendaki untuk membeli tender tersebut. Sistem akan memeriksa kelayakan syarikat anda, jika tidak layak, mesej tersebut akan dikeluarkan. Sila pastikan maklumat syarikat anda dikemaskini

8.

Bagaimana cara untuk mengemaskini maklumat syarikat, PKK, CIDB dan MOF?

Kontraktor boleh mengemaskini maklumat syarikat secara atas talian di laman sesawang https://tender.selangor.my/

9.

Di manakah kontraktor boleh menyemak senarai kedudukan petender yang memasuki perolehan di MBSJ?

Kontraktor boleh menyemak senarai kedudukan petender secara atas talian di laman sesawang https://tender.selangor.my/