|
JABATAN PENGUATKUASAAN |
||
|
BIL |
SOALAN |
JAWAPAN |
|
1. |
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Jabatan Penguatkuasaan sekiranya terdapat kenderaan melakukan kesalahan lalulintas? |
Kenderaan boleh dikenakan tindakan notis kompaun atau boleh ditunda. |
|
2. |
Apakah kesan sekiranya,notis kompaun gagal dijelaskan? |
Sekiranya melebihi 14 hari,notis peringatan akan dikeluarkan dan jika gagal menjelaskan bayaran tindakan memfailkan kes ke Mahkamah Majisterit akan dibuat. |
|
3. |
Apakah yang perlu dibuat sekiranya dikenakan notis kompaun lalulintas? |
Sila buat pembayaran dalam masa 14 hari dimana-mana kiosk MBSJ dan bayaran secara online di EZYmbsj. |
|
4. |
Di mana tempat yang perlu dirujuk sekiranya motosikal atau kenderaan ditunda oleh Jabatan Penguatkuasaan? |
Sila rujuk di Bahagian Tunda, Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Subang Jaya, atau hubungi: i. Depoh Tunda Subang 03-80249064 ii. Depoh Tunda Puchong 03-80651687 iii. Depoh Tunda Serdang 03-89481269 iv. Depoh Tunda Kenderan Buruk 03-80681240 |
|
5. |
Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap panjaja atau peniaga kecil yang tiada lesen yang sah dari Datuk Bandar? |
Tindakan Kompaun dan Sita boleh diambil terhadap penjaja atau peniaga tersebut. |
|
6. |
Sekiranya barang jualan penjaja atau peniaga disita di mana tempat barang tersebut disimpan dan tempat tuntutan? |
i.Sila hadir ke Unit Siasatan bagi urusan tuntutan. ii.Setelah bayaran dibuat , tuntutan barang di Unit Pelupusan dan Pengurusan Stor , Jalan TP2, Taman Perindustrian UEP Subang Jaya. |
|
7. |
Adakah premis perniagaan boleh meletakkan barang-barang berhubung dengan trednya di kaki lima, siar kaki atau jalan? |
i.Dibenarkan sekiranya telah membuat permohonan dan diberi permit kelulusan. ii.Sekiranya tiada permit kelulusan boleh dikenakan tindakan kompaun. |
|
8. |
Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya didapati premis perniagaan meletakkan barang-barang di kaki lima, siar kaki atau bahu jalan? |
Tindakan mengeluarkan Notis Kompaun dan memindahkan (Sita) barang-barang boleh dilakukan. |
|
9. |
Di manakah barang-barang dialihkan atau disita disimpan? |
Di Unit Pelupusan dan Pengurusan Stor , Jalan TP2, Taman Perindustrian UEP Subang Jaya. |
|
10. |
Apakan bayaran yang dikenakan untuk menuntut barang-barang yang disita atau dialihkan? |
i. Kos pengalihan/sitaan ii. Kos simpanan iii. Kos perkhidmatan. iv. Kos kompaun. |
|
11. |
Apakah yang perlu dilakukan apabila mendapat notis amaran/penglihatan atau roboh? |
Membaca memahami arahan notis seterusnya memberhentikan aktiviti/kesalahan atau meroboh sendiri apa-apa struktur yang melanggar peraturan. |
|
12. |
Apakah kesan sekiranya ingkar notis? |
MBSJ akan melaksanakan tindakan mengikut arahan dalam notis. |
|
13. |
Bolehkah seseorang menuntut apa-apa bayaran pampasan sekiranya barang-barang dialih/disita atau struktur (setinggan) dirobohkan? |
Tidak Layak. |
|
14. |
Berapa lamakah tempoh yang diberi untuk mengambil kenderaan yang telah ditunda? |
Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda. |
|
15. |
Apakah kesan sekiranya kenderaan gagal dituntut dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda? |
Kenderaan akan diwartakan atau perintah mahkamah akan dibuat seterusnya dilupuskan melalui lelongan awam atau cara lain yang sesuai. |
MS