MS

JABATAN UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN PENGURUSAN KOMPAUN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Bagaimana cara untuk saya buat bayaran kenderaan saya semasa meletak kenderaan di kawasan MBSJ?

Bayaran meletak kenderaan di tempat letak kereta boleh dibuat melalui aplikasi Smart Selangor, Flexi Parking dan Touch n Go, e-Wallet, Setel, Jom Parking.

2

Apakah perbezaan Petak Letak Kereta Kuning, Petak Letak Kereta Oren, Petak Letak Kereta Merah dan Petak Letak Kereta Putih yang disediakan oleh Majlis

Petak Letak Kereta Kuning ‑ Caj bayaran letak kereta yang ditetapkan adalah RM 0.50 setiap 1 jam dan tanpa had
Petak Letak Kereta Oren ‑ Caj bayaran letak kereta yang ditetapkan adalah RM 0.50 setiap 30 minit dan had maksimum yang dibenarkan adalah selama 2 jam sahaja
Petak Letak Kereta Merah ‑ Petak khas
Petak Letak Kereta Putih ‑ Petak letak kereta khusus bagi kegunaan bangunan dan fasiliti Majlis.

3

Apa yang berlaku jika saya meletak kereta di petak oren melebihi 2 jam?

Kereta boleh dikompaun, ditunda,dialihkan dan / atau ditahan oleh pihak Majlis.

4

Bolehkah saya membuat semakan kompaun?

Boleh. Semakan kompaun boleh dibuat di web https://ezy.mbsj.gov.my//kompaun

5

Bagaimana cara untuk membuat pembayaran kompaun?

Bayaran kompaun boleh dibuat di web https://ezy.mbsj.gov.my//kompaun

6

Selain daripada website yang dinyatakan, adakah cara lain untuk membuat pembayaran kompaun?

Orang Kena Kompaun (OKK) juga boleh membuat bayaran bagi semua kompaun di Portal PBTPay di web https://pbtpay.kpkt.gov.my/ dan bagi bayaran kompaun trafik boleh dibuat di Smart Selangor Parking.

7

Saya dah tua dan tidak tahu menggunakan telefon. Bagaimana untuk saya membuat bayaran?

OKK boleh membuat bayaran di Kiosk Bayaran yang disediakan oleh Majlis di Ibu Pejabat MBSJ, dan beberapa pusat membeli belah iaitu :-

i. Sunway Pyramid

ii. IOI Mall Puchong

iii. Empire Shopping Gallery

iv. Aeon Taman Equine

v. Giant Kinrara

Selain itu, OKK juga boleh membuat bayaran di Kaunter Cawangan MBSJ iaitu di Kaunter Pejabat Cawangan Bandar Puteri dan Kaunter Stadium Tertutup Seri Kembangan

8

Saya mendapat mesej melalui telefon menyatakan saya dikenakan kompaun tetapi saya tidak berada di sana sewaktu kejadian.

Pihak OKK boleh membuat semakan dengan menghubungi Bahagian Pendakwaan, Jabatan Undang-Undang di talian 03-8026 3289 atau boleh membuat aduan terus melalui SISPAA MBSJ di laman web https://mbsj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

9

Adakah saya boleh membayar menggunakan cek?

Tidak boleh

10

Berapa lama tempoh pembayaran kompaun?

Empat belas (14) hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan.

11

Bagaimana cara sekiranya saya tidak berpuas hati dengan kompaun yang diterima?

Pihak OKK boleh membuat aduan terus melalui SISPAA MBSJ di web https://mbsj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

12

Bagaimana untuk mengelakkan dikenakan Tindakan Mahkamah?

Menyelesaikan kompaun tertunggak di dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan.

13

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal membayar kompaun dalam tempoh masa yang ditetapkan?

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh enam puluh 60 hari  daripada tarikh kompaun dikeluarkan, tindakan Mahkamah boleh diambil terhadap pesalah bagi  kesalahan tersebut.

14

Sekiranya saya telah menyelesaikan kompaun tetapi masih menerima Notis Peringatan daripada MBSJ, apakah yang perlu saya lakukan?

Sila abaikan notis tersebut sekiranya kompaun telah diselesaikan.

15

Berapakah kadar rayuan kompaun yang boleh saya dapat sekiranya membayar kompaun trafik dalam tempoh masa yang ditetapkan?

Bagi kesalahan trafik, kadar kompaun yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada kadar yang dinyatakan di atas notis kompaun. Namun begitu, sekiranya pembayaran secara atas talian, pengurangan secara automatik akan diberi sebanyak RM40.

16

Saya nak buat bayaran kompaun dalam tempoh 24 jam. Tetapi kenapa tertera di web RM80 dan bukan RM10?

Pihak Majlis telah menetapkan kadar kompaun yang berbeza mengikut jenis kesalahan.

17

Saya terima kompaun daripada pihak MBSJ dengan kadar RM1,000.00 dan saya mahu minta pengurangan.

Pihak Majlis telah menetapkan pengurangan kadar kompaun secara automatik kecuali bagi kesalahan tertentu. Pihak tuan boleh membuat semakan di https://ezy.mbsj.gov.my//kompaun

18

Saya seorang OKU, adakah saya diberi pengecualian daripada membayar caj Tempat Letak Kereta?

Pengecualian caj Tempat Letak Kereta hanya diberikan bagi pemegang kad OKU sahaja. Pengecualian tidak terpakai bagi pemandu yang membawa penumpang OKU.

19

Saya mempunyai pelekat kereta resident tetapi masih dikenakan kompaun sebanyak RM80.

Untuk makluman, pelekat kereta resident hanya boleh digunakan untuk meletak kenderaan di dalam pagar rumah ataupun di hadapan pagar rumah sahaja. Sekiranya pemilik meletak kenderaan di bahu jalan atau di tempat selain yang dinyatakan, pemilik akan dikenakan kompaun.

20

Saya tinggal di kawasan flat / apartment dan meletak kereta di kawasan yang berhampiran kediaman saya tetapi dikenakan kompaun. Di manakah saya perlu / boleh meletak kenderaan memandangkan kawasan flat / apartment tersebut tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi / terhad.

Kereta milik penduduk flat / apartment hanya boleh diletakkan dalam kawasan flat / apartment. Sekiranya kereta diletakkan di luar kawasan flat / apartment, kereta tersebut boleh dikenakan kompaun.

21

Apakah kompaun-kompaun trafik yang tidak diberikan pengurangan?

Pihak Majlis tidak menawarkan pengurangan kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Majlis Bandaraya Subang Jaya 2007 seperti berikut:

BIL

PERINTAH

BUTIRAN

KADAR KOMPAUN

1.

36(1)(a)

Menghalang mana-mana tempat atau petak letak kereta

RM 80.00

2.

36(1)(b)

Meletakkan kenderaan di mana-mana tempat selain petak letak kereta yang disediakan oleh Majlis

RM 80.00

3.

44

Menggunakan mana-mana tempat letak kereta bagi maksud menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan

RM 80.00

4.

45

Membaiki mana-mana kenderaan di tempat letak kereta

RM 80.00

5.

46

Mencuci atau membersihkan mana-mana kenderaan di tempat letak kereta

RM 80.00

6.

47

Menggunakan tempat letak kereta selain daripada untuk meletak kenderaan motor

RM 80.00

7.

36(1)(a)

Kenderaan berat yang menghalang mana-mana tempat atau petak letak kereta

RM 300.00

BIL

PERINTAH

BUTIRAN

KADAR KOMPAUN

51

Meletak kenderaan di Petak Letak Kereta Orang Kurang Upaya

RM 200.00

Pihak Majlis juga tidak menawarkan pengurangan kadar kompaun bagi kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Pemanduan Kenderaan Berat) Majlis Bandaraya Subang Jaya 2012 seperti berikut:

BIL

PERINTAH

BUTIRAN

KADAR KOMPAUN

i.

2

Larangan Kenderaan Berat

RM 300.00

JABATAN UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN PENDAKWAAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Mengapakah saya dikenakan tindakan Mahkamah?

Tindakan Mahkamah akan diambil sekiranya pihak tuan telah didapati melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang yang dikuatkuasakan oleh MBSJ.

2

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya menerima saman daripada Mahkamah?

Anda perlu hadir ke Mahkamah Majistret (Munisipal) Subang Jaya pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

3

Sekiranya saya tidak dapat hadir ke Mahkamah, apakah yang perlu saya lakukan?

Orang Kena Saman hendaklah memaklumkan kepada pihak Mahkamah dengan menghantar surat kepada Mahkamah dan diserahkan kepada Jabatan Undang-Undang atau mengemukakan sijil sakit sekiranya tidak sihat.

4

Bolehkah saya menghantar wakil sekiranya saya tidak dapat hadir ke Mahkamah?

Boleh menghantar wakil dan hendaklah mengemukakan Surat Wakil yang diperakui oleh Orang Kena Saman (OKS).

5

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal hadir ke Mahkamah tanpa sebab?

Waran Tangkap akan dikeluarkan.

6

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya menerima WaranTangkap?

Hendaklah menghadirkan diri ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk membatalkan Waran Tangkap dan bagi menjawab pertuduhan.

7

Bolehkah saya membuat rayuan di Mahkamah bagi mengurangkan denda apabila disaman?

Rayuan boleh dikemukakan di hadapan Majistret setelah pengakuan bersalah direkodkan.

8

Bolehkah saya membuat rayuan untuk membayar kompaun di MBSJ walaupun saman telah dikeluarkan?

Saman yang telah dikeluarkan perlu diselesaikan di dalam Mahkamah. Selebihnya, sekiranya terdapat kompaun yang masih belum dikeluarkan saman, pihak OKS boleh menyelesaikan kompaun-kompaun tersebut sebelum saman diproses / dikeluarkan.

9

Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkan penjelasan berkaitan saman atau Waran Tangkap yang diterima?

Anda boleh menghubungi Bahagian Pendakwaan, Jabatan Undang-Undang, MBSJ di talian 03-802693289.     

10

Di manakah lokasi Mahkamah Majistret (Munisipal) Subang Jaya?

Mahkamah Majistret (Munisipal) MBSJ terletak di SS 15/4G,
Subang Business Square, 47500 Subang Jaya. Sebarang
pertanyaan berkenaan tarikh sebutan boleh diajukan di talian 
03-56323724.

BAHAGIAN KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN, GUBALAN DAN LITIGASI SIVIL

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Bagaimana jika saya ingin mendapatkan salinan Undang-Undang Kecil Majlis Bandaraya Subang Jaya?

Boleh melayari Laman Web Majlis Bandaraya Subang Jaya di https://portal.mbsj.gov.my/ms/undang-undang-kecil-perintah-kaedah-kaedah-perintah-tetap