UNIT INTEGRITI |
||
BIL |
SOALAN |
JAWAPAN |
1. |
Apakah peranan/fungsi utama Unit Integriti MBSJ? |
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil dan;
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
Memastkan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. |
2. |
Apakah tindakan akan dilakukan jika menerima aduan atau video viral mengenai salah laku pekerja MBSJ? Adakah aduan rasmi perlu dibuat atau unit Integriti boleh mengambil tindakan berdasarkan video yang viral? |
Jika menerima aduan atau video viral mengenai salah laku pekerja MBSJ, Unit Integriti akan menjalankan tindakan siasatan ke atas aduan atau video viral tersebut. Unit Integriti boleh mengambil tindakan tanpa perlu aduan rasmi dibuat. |
3. |
Bagaimanakah proses penyiasatan akan dilakukan? |
Proses siasatan dilakukan mengikut kepada Prosedur Pengurusan Aduan Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah yang didokumen dalam ISO 37001:2016 (ABMS) Sistem Pengurusan Antirasuah. Key Performance Indicator (KPI)yang ditetapkan di dalam prosedur adalah pemakluman penerimaan aduan dalam tempoh 1 hari bekerja kepada pengadu yang mempunyai maklumat lengkap sahaja. |
4. |
Apakah aduan kebiasaan terhadap staf majlis (contoh: salah laku jenayah/ menerima rasuah/ bersikap biadap/ tidak profesional/ ponteng kerja)? Sila senaraikan 5 atau 10 teratas. |
Berikut adalah beberapa jenis aduan yang boleh dilaporkan :
|
5. |
Apakah jenis tindakan yang diambil jika seorang staf didapati tidak bersalah atau bersalah? |
Sekiranya seorang Pegawai/Kakitangan MBSJ didapati bersalah, tindakan Tatatertib akan diambil ke atas Pegawai/Kakitangan tersebut dengan merujuk Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Bandaraya Subang Jaya (Kelakuan dan Tatatertib) 2023 dimana Pegawai/Kakitangan boleh dikenakan hukuman paling ringan iaitu amaran dan hukuman-hukuman lain sehingga tindakan dibuang kerja. |
6. |
Adakah terdapat tempoh masa siasatan bagi aduan terhadap staf? |
Proses siasatan aduan dijalankan mengikut Prosedur Pengurusan Aduan Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah dan prosedur tidak meletakkan tempoh masa siasatan. Walaubagaimanapun, maklum balas aduan akan dikemukakan terus kepada pengadu sejurus tindakan diambil. |
7. |
Bagaimanakah orang awam boleh membuat aduan salah laku pekerja majlis? Adakah mereka akan dimaklumkan berkenaan maklumbalas aduan tersebut? |
Aduan Salah Laku Pekerja MBSJ boleh disalurkan melalui saluran aduan berikut:
Unit Integriti, Majlis Bandaraya Subang Jaya,
|
8. |
Apakah arahan kerajaan negeri atau persekutuan berkenaan pemberian hadiah, penganjuran atau menghadiri acara dan penajaan luaran bagi program perkhidmatan awam? Adakah terdapat jumlah minimum atau adakah hadiah/acara/penajaan tersebut perlu diisytiharkan tanpa mengira nilainya? |
Sebarang Pengurusan Pemberian Hadiah MBSJ adalah merujuk Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.5: Pengurusan Penerimaan Atau Pemberian Hadiah, Keraian dan Tajaan Dalam Perkhidmatan Awam. |
9. |
Jika peranan unit termasuk memastikan tadbir urus terbaik, bolehkah anda memberikan contoh amalan yang sedang/telah yang dijalankan? |
Terdapat beberapa aktiviti telah dijalankan di bawah Pengukuhan Integriti. Diantaranya adalah:
|
10. |
Bagaimana unit ini memainkan peranan dalam memastikan majlis tempatan menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan? |
Unit Integriti berperanan untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum selaras dengan Pelan Antirasuah Majlis Bandaraya Subang Jaya 2022-2026, Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Pengurusan ISO 37001:2016 (ABMS), dan Semakan wajar/ketekunan wajar (due diligence). |
MS