DEWAN SERBAGUNA MBSJ PUCHONG UTAMA 7, TAMAN PUCHONG UTAMA

i.Lokasi:Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Utama 7, Jalan Puchong Utama 7, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
ii.Kaedah Penyewaan:Penyewaan dan Pengurusan Dewan Serbaguna (Penyewaan secara as is where is basis)
iii.Keluasan Tapak:6,072 meter persegi (1.50 ekar)           
iv.Tempoh Sewaan:Minimum tiga (3) tahun (Tertakluk kepada keputusan MBSJ)
v.Tarikh Tutup Permohonan:21 September 2026 (Isnin) (Sebelum 12.00 tengah hari)
viDokumen Yang Perlu Disertakan:Borang Permohonan (rujuk QR Code) dan melampirkan dokumen yang dinyatakan di dalam borang tersebut.
viii.Jangkaan Mula Sewa:1  Mei 2027

2.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :

i. Pemohon yang berminat digalakkan untuk menghadiri sesi lawatan tapak yang akan diadakan.
ii. 

Pemohon yang berjaya juga akan bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan tapak di atas termasuk kerja-kerja pembersihan tapak, pembaikan bangunan, tandas, dan lain-lain ruang kegunaan serta pembayaran bil-bil utiliti sepanjang tempoh sewaan.

iii.

Borang permohonan boleh didapati dengan mengimbas kod QR di lampiran. Tawaran penyewaan / borang serta cadangan perniagaan dan butiran syarikat perlu dimasukkan di dalam sampul dan dihantar kepada alamat berikut:-

       
Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan, USJ 5
47610 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan


SEBARANG PERTANYAAN,
SILA HUBUNGI:
03 - 8026 7425 / 4404 / 4021


MS