Dimaklumkan bahawa pihak Majlis dan jurunilai swasta yang telah dilantik akan melaksanakan kerja-kerja penilaian dan penyemakan semula Cukai Taksiran bagi seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk tempoh bermula Februari 2020.
Pihak jurunilai swasta akan mengambil tindakan seperti berikut:-
(i) mendapatkan maklumat hartanah yang akan dinilai seperti luas, kegunaan, nilai sewa dan lain-lain maklumat yang diperlukan dalam melakukan kerja-kerja penilaian Cukai Taksiran;
(ii) memasuki premis pada setiap waktu yang munasabah;
(iii) melakukan kerja-kerja ukur periksa untuk mengesahkan sama ada bangunan mempunyai bangunan tambahan baru atau tidak mempunyai bangunan tambahan;
(iv) mengesahkan sama ada status tanah kosong yang telah dinilai oleh pihak Majlis telahpun dibuat pertukaran syarat tanah atau masih mengekalkan syarat nyata asal atau telah didirikan bangunan; dan
(v) mengambil gambar foto hartanah yang dinilai.
Pihak jurunilai swasta diberikan Surat Kebenaran bagi mewakili pihak Majlis untuk melaksanakan tindakan di atas.
Kerjasama daripada penduduk (pemilik / penyewa) amatlah diharapkan bagi mengemukakan maklumat dan memberi kebenaran kepada jurunilai swasta untuk memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana tanah, bangunan atau premis tanpa didakwa kerana menceroboh atau memberikan kacau ganggu kepada pemilik hartanah.