MS

JABATAN PENGUATKUASAAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Jabatan Penguatkuasaan sekiranya terdapat kenderaan melakukan kesalahan lalulintas?

Kenderaan boleh dikenakan tindakan notis kompaun atau boleh ditunda.

2.

Apakah kesan sekiranya,notis kompaun gagal dijelaskan?

Sekiranya melebihi 14 hari,notis peringatan akan dikeluarkan dan jika gagal menjelaskan bayaran tindakan memfailkan kes ke Mahkamah Majisterit akan dibuat.

3.

Apakah yang perlu dibuat sekiranya dikenakan notis kompaun lalulintas?

Sila buat pembayaran dalam masa 14 hari dimana-mana kiosk MBSJ dan bayaran secara online di EZYmbsj.

4.

Di mana tempat yang perlu dirujuk sekiranya motosikal atau kenderaan ditunda oleh Jabatan Penguatkuasaan?

Sila rujuk di Bahagian Tunda, Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Subang Jaya,  atau hubungi:

i.         Depoh Tunda Subang           

          03-80249064

ii.        Depoh Tunda Puchong                     

          03-80651687

iii.       Depoh Tunda Serdang                      

          03-89481269

iv.       Depoh Tunda Kenderan Buruk         

          03-80681240

5.

Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap panjaja atau peniaga kecil yang tiada lesen yang sah dari Datuk Bandar?

Tindakan Kompaun dan Sita boleh diambil terhadap penjaja atau peniaga tersebut.

6.

Sekiranya barang jualan penjaja atau peniaga disita di mana tempat barang tersebut disimpan dan tempat tuntutan?

i.Sila hadir ke Unit Siasatan bagi urusan tuntutan.

ii.Setelah bayaran dibuat , tuntutan barang di Unit Pelupusan dan Pengurusan Stor , Jalan TP2, Taman Perindustrian UEP Subang Jaya.

7.

Adakah premis perniagaan boleh meletakkan barang-barang berhubung dengan trednya di kaki lima, siar kaki atau jalan?

i.Dibenarkan sekiranya telah membuat permohonan dan diberi permit kelulusan.

ii.Sekiranya tiada permit kelulusan boleh dikenakan tindakan kompaun.

8.

Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya didapati premis perniagaan meletakkan barang-barang di kaki lima, siar kaki atau bahu jalan?

Tindakan mengeluarkan Notis Kompaun dan memindahkan (Sita) barang-barang boleh dilakukan.

9.

Di manakah barang-barang dialihkan atau disita disimpan?

Di Unit Pelupusan dan Pengurusan Stor , Jalan TP2, Taman Perindustrian UEP Subang Jaya.

10.

Apakan bayaran yang dikenakan untuk menuntut barang-barang yang disita atau dialihkan?

i.         Kos pengalihan/sitaan

ii.        Kos simpanan

iii.       Kos perkhidmatan.

iv.       Kos kompaun.

11.

Apakah yang perlu dilakukan apabila mendapat notis amaran/penglihatan atau roboh?

Membaca memahami arahan notis seterusnya memberhentikan aktiviti/kesalahan atau meroboh sendiri apa-apa struktur yang melanggar peraturan.

12.

Apakah kesan sekiranya ingkar notis?

MBSJ akan melaksanakan tindakan mengikut arahan dalam notis.

13.

Bolehkah seseorang menuntut apa-apa bayaran pampasan sekiranya barang-barang dialih/disita atau struktur (setinggan) dirobohkan?

Tidak Layak.

14.

Berapa lamakah tempoh yang diberi untuk mengambil kenderaan yang telah ditunda?

Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda.

15.

Apakah kesan sekiranya kenderaan gagal dituntut dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda?

Kenderaan akan diwartakan atau perintah mahkamah akan dibuat seterusnya dilupuskan melalui lelongan awam atau cara lain yang sesuai.