|
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
|
|
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
|
1
|
Adakah peralatan logistik disewakan untuk orang awam?
|
- Tidak. Peralatan logistik tidak disewakan kepada orang awam.
- MBSJ hanya menyelaras pengurusan logistik dari segi permohonan, penghantaran dan pengambilan semula logistik untuk tujuan program-program berikut :
- Program-program anjuran pihak Majlis sahaja.
- Program-program luar anjuran pihak Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), pihak Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dan Agensi Kerajaan sahaja.
|
|
2
|
Adakah Bas MBSJ disewakan untuk kegunaan orang awam?
|
- Tidak. Bas MBSJ tidak disewakan untuk kegunaan orang awam.
- MBSJ hanya menyelaras pengurusan permohonan penggunaan kenderaan / bas untuk pihak luar seperti MPP, SUK, Dan Agensi Kerajaan bagi memastikan perjalanan kenderaan diurus dan diselenggara dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan sahaja.
|
|
3
|
Bilakah jawatan kosong akan dibuka?
|
- Jawatan kosong MBSJ dibuka berdasarkan kekosongan jawatan.
- Hebahan berkaitan sebarang kekosongan jawatan tersebut akan diiklankan di dalam laman web MBSJ dan di emel kepada Ketua Agensi Negeri Selangor untuk pemakluman lanjut.
|
|
4
|
Bagaimanakah cara memohon jawatan di MBSJ?
|
- Melalui laman web MBSJ. Semuanya secara atas talian.
|
|
5
|
Saya telah memohon jawatan kosong yang telah diiklankan di Laman Web MBSJ namun belum menerima panggilan untuk permohonan tersebut sehingga hari ini?
|
- Bagi jawatan kosong yang telah dipohon secara atas talian, pihak Majlis telah menyatakan perkara tersebut di dalam terma dan syarat, dimana sekiranya tiada maklumbalas dalam tempoh 3 bulan, permohonan tuan / puan dianggap tidak berjaya.
|
|
6
|
Adakah Bilik Mesyuarat / Dewan Kenanga MBSJ disewakan untuk kegunaan orang awam?
|
- Tidak. MBSJ tidak menyediakan tempahan bagi Dewan Kenanga / Bilik Mesyuarat MBSJ untuk disewakan bagi kegunaan orang awam.
|