TARIKH IKLAN : 20 OGOS 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP PETI : 26 OGOS 2025 (12.00 Tengahari)
 

PELAWAAN MEMBEKAL, MENGUKUR, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM DAN KASUT ANGGOTA PENGUATKUASA LANTIKAN BAHARU BAGI MBSJ 2025

1. Maklumat Sebut Harga :

1.1 Petender : Majlis Bandaraya Subang Jaya
1.2 No. Sebut Harga : MBSJ.KP.400-5/2/35 JILID 3
1.3 Tarikh Iklan : 20 Ogos 2025 (Rabu)
1.4 Tarikh Tutup : 26 Ogos 2025 (Selasa – 12.00 Tengah Hari)
1.5 Tempat Hantar : Dokumen dan butiran syarikat yang lengkap perlu dimasukkan di dalam sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti iklan sebut harga di Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 2, Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Subang Jaya atau pos kepada alamat di bawah: :-

Peti Sebut Harga, Aras 2
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5
47610 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Sebarang Pertanyaan Sila hubungi: 03-80263132 - En. Mohd Junus bin Baharom / 7435 - Pn. Zuliana binti Husin

Sebut harga yang lewat tidak akan diterima.
1.6 Tempoh Kontrak Bekalan / Perkhidmatan : 30 Hari

2.    Surat Sebut Harga (menggunakan letter head syarikat) bagi membekal, mengukur, menjahit dan menghantar pakaian seragam dan kasut anggota penguatkuasa lantikan baharu bagi tahun 2025 mengikut spesifikasi dan skop kerja seperti di Lampiran A. (Wajib Hantar)

2.1.  Dokumen Lengkap Sebut Harga bagi kerja-kerja tersebut
KLIK UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.2. 

Dokumen sokongan (WAJIB):

i. Satu (1) Salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ii. Mengisi maklumat - Lampiran 6 ( Surat Akuan Pembida)

iii. ​Salinan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate-TCC) dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi tahun kalender semasa dan berstatus ‘PATUH’ – sila rujuk Garis Panduan Operasi Bil. 1 Tahun 2025 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

 
MS