Operasi Pusat Siber
Pada 1130hrs pula, Jab.P/kuasa MPSJ sekali lagi menjalankan operasi ke atas premis Pusat siber/ video games(online) haram di Taman University Indah,Seri Kembangan,Selangor. Operasi ini diketuai oleh Pen.Peg.P/Kuasa (kanan) MPSJ Tn.Tarmidi Bin Kadri. Hasil pemeriksaan ke atas premis mendapati pengusaha premis menjalankan aktiviti perjudian secara online dan menjalankan perniagaan tanpa lesen dari MPSJ. Tindakan sitaan sebanyak 19 set peralatan komputer dan penutupan premis telah dikenakan di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 iaitu menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen dari MPSJ dan dikenakan denda maksimum sebanyak RM 1,000. Operasi ini berjaya dilaksanakan setelah menerima hasil maklumat dari org awam yg menyatakan terdapat aktiviti perjudian di dalam premis yg berselindung disebalik premis pusat siber. Premis ini juga dilengkapi kamera litar tertutup (cctv).
Dikemaskini pada 28-Oct-2013