HTK Bulan Oktober 2024

JOM SERTAI HARI TANPA KENDERAAN SUBANG JAYA (HTKSJ) 2026!

MBSJ kembali dengan HTKSJ Siri 1/2026 – program gaya hidup sihat & komuniti yang anda tak nak lepaskan!

Tarikh : 26 April 2026 (Ahad)

Lokasi : AEON Mall Taman Equine, Seri Kembangan

Masa : 7.00 pagi – 5.00 petang

Pelbagai pengisian menarik disediakan untuk seisi keluarga, antaranya:

✅ Larian Santai 2KM & 5KM

✅ 10KM Urban Run & 50KM Urban Ride

✅ Senamrobik & Busking

✅ Pertandingan Teh Tarik & Memasak

✅ Pameran keselamatan, kesihatan & E-Waste

✅ Pemeriksaan kesihatan PERCUMA

✅ Eco Free Market & aktiviti komuniti

Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

Orang ramai adalah dijemput untuk bersama-sama menyertai program ini dalam usaha menyokong gaya hidup sihat serta merealisasikan bandar rendah karbon.

Ayuh hadir dan meriahkan bersama keluarga serta rakan-rakan!

'MBSJ Gemilang Bersama'


MS