MS

Smart Sensor Awareness (SENSA)

MBSJ memperkenalkan Smart Sensor Awareness (SENSA), sistem pengesanan dan amaran pejalan kaki pintar berteraskan Kecerdasan Buatan (AI) bagi memperkukuh tahap keselamatan pengguna jalan raya, khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti persekitaran sekolah.
Sistem ini berupaya mengesan kehadiran pejalan kaki secara automatik serta mengaktifkan amaran audio dan visual secara masa nyata kepada pemandu dan pejalan kaki. Ia turut dilengkapi pemantauan kamera 24 jam sebagai langkah sokongan keselamatan dan pencegahan jenayah.

SENSA mengintegrasikan kamera pintar beranalitik AI, pembesar suara (horn speaker) serta lampu bar LED biru sebagai isyarat visual yang jelas dan berkesan bagi meningkatkan tahap kewaspadaan pengguna jalan raya.
Sebagai projek perintis, sistem ini telah dipasang di lintasan pejalan kaki hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Permai dan akan diperluaskan secara berperingkat ke lokasi strategik lain dalam kawasan pentadbiran MBSJ.

Pelaksanaannya yang menggunakan tenaga solar adalah selaras dengan aspirasi pembangunan Bandar Pintar serta komitmen ke arah bandar rendah karbon.

SILA LAYARI LAMAN WEB SENSA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT 

KLIK SINI
'MBSJ Gemilang Bersama'
#SJcitycouncil
#kitaselangormajubersama
#malaysiamadani
#MBSJgemilangbersama

Total votes: 0