Aktiviti Bulan Mac 2010


Gambar Aktiviti Maklumat Aktiviti

PERHIMPUNAN BULAN MAC 2010

Perhimpunan bulanan MPSJ bagi tahun 2010 telah diteruskan lagi pada 1 Mac 2010. Perhimpunan pada kali ini telah dikendalikan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPSJ. Pengucapan awam berkenaan pengurusan masa telah disampaikan oleh Y.M Raja Amir Iskandar bin Raja Azlan selaku Pengarah di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Sesi penyampaian hadiah sempena Perarakan Maulidur Rasul yang telah disertai oleh Jabatan Penguatkuasa dan anugerah bagi Kejohanan Bola Tampar Pantai telah disampaikan oleh Yang Dipertua MPSJ didalam perhimpunan berkenaan untuk meraikan kakitangan yang berjaya dalam acara berkenaan.

LAWATAN DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA SARAWAK

MPSJ telah menerima kunjungan lawatan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara, Sarawak pada 2 Mac 2010. Lawatan sekitar jam 9.00 pagi berkenaan menjurus perbincangan berkenaan pengurusan sistem percukaian di MPSJ. Dalam sesi lawatan berkenaan, Puan Norsilawati Mohd Yatim merangkap Akauntan MPSJ telah memberikan penerangan berhubung perkara berkenaan. Sesi lawatan ke kaunter untuk meninjau kioks cukai taksiran MPSJ di lobi MPSJ juga turut diadakan.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MPSJ 2009

Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPSJ bagi meraikan 102 orang kakitangan yang berjaya bagi tahun 2009 telah diadakan di Grand Dorsett Hotel pada 5 Mac 2010. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Y.B Dato' Ramli Bin Mahmud, Setiausaha Kerajan Negeri Selangor dan turut dihadiri oleh Dato' Adnan Haji Md Ikshan, Yang Dipertua MPSJ, Tuan Haji Slamat Bin Hamzah, Setiausaha Perbandaran, Ahli Majlis dan para pegawai dan kakitangan MPSJ. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang berkenaan diadakan khas sempena meraikan serta menghargai jasa dan sumbangan warga MPSJ yang bertungkus-lumus memperbaiki mutu kerja selain menunjukkan potensi mutu kerja yang cemerlang. Kecermerlangan yang ditunjukkan diharapkan menjadi contoh dan pembakar semangat kepada semua wargakerja MPSJ untuk memajukan prestasi kerja masing-masing di masa akan datang.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENGKOMPOSAN UNTUK KOMUNITI PERINGKAT SEKOLAH

Bertempat di Laman Kenanga MPSJ pada 6 Mac 2010, Program Pengkomposan Untuk Komuniti Peringkat Sekolah dijalankan bertujuan mempromosikan amalan pengkomposan sisa organik dalam skala kecil bagi mengurangkan pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah. Pelancaran program ini dilakukan dengan kerjasama pihak Sime Darby Property dan disertai oleh 10 buah sekolah menengah di kawasan Subang Jaya. Di bawah program ini, MPSJ akan membekalkan tong kompos kepada pihak sekolah, mengadakan sesi taklimat dan lawatan ke pusat-pusat pengkomposan awam di kawasan MPSJ. Tuan Hj. Slamat Bin Hamzah, Setiausaha Perbandaran MPSJ turut hadir untuk memberi sokongan padu dalam program pengkomposan berkenaan.

MAJLIS PELANCARAN MODUL ALAM SEKITAR

Program Modul Alam Sekitar Peringkat Pra Sekolah/Tadika/Taska disediakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama MPSJ bertujuan memberi pendidikan awal berhubung kesedaran alam sekitar kepada kanak-kanak. Pelancaran program yang berlangsung pada 6 Mac 2010 ini turut disertai oleh Tuan Hj. Slamat Bin Hamzah, Setiausaha Perbandaran MPSJ, wakil peserta daripada pra sekolah, tadika dan taska di kawasan pentadbiran MPSJ. Taklimat program berkenaan telah disampaikan oleh pihak Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), UPSI.

PERASMIAN JALAN SUSUR KELUAR DARI LEBUHRAYA KESAS KE USJ 1

Perasmian jalan susur KESAS ke USJ 1, Subang Jaya telah diadakan pada 19 Mac 2010. Majlis perasmian berkenaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan adalah Y.B Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Ahli Dewan Negeri Kawasan Subang, Y.Bhg Dato' Adnan Hj. Md Ikshan Yang Dipertua MPSJ bersama wakil Ahli Majlis MPSJ dan beberapa wakil pihak media. Susur keluar jalan berkenaan telah dibina hasil desakan dan permintaan dari orang awam supaya dibina banyak projek infrastruktur bagi mempermudahkan laluan serta mengurangkan kesesakan lalulintas.

BACAAN YASIN BULAN MAC

Majlis bacaan yasin MPSJ telah diadakan pada 26 Mac 2010.  Bacaan yasin telah diketuai oleh Ustaz Abdul Shukur bin Abdul Rahman. Turut hadir dalam sesi berkenaan adalah Tuan Hj. Slamat bin Hamzah selaku Setiausaha Perbandaran MPSJ, pegawai dan para kakitangan MPSJ. Diakhir sesi bacaan yasin berkenaan, Ustaz Abdul Shukur bin Abdul Rahman telah memberikan sedikit tazkirah berkenaan kesempurnaan solat kepada semua kakitangan yang hadir.

HARI KELUARGA KUARTERS MPSJ

Hari Keluarga Kuarters MPSJ (Permata Sari) Puchong telah diadakan di Pusat Komuniti Presint 9 Putrajaya pada 27 Mac 2010. Pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga berkenaan telah diadakan untuk memeriahkan majlis seawal jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang. Program diadakan kepada penghuni kuarters memandangkan ia adalah aktiviti tahunan kuarters  selain untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Majlis turut dihadiri oleh Encik Sufari bin Tinnin, Ahli Majlis MPSJ merangkap JKP Zon 20.

EKPLORACE DINAMIK DI KG TRADISI

Explorace Dinamik Di Kampung Tradisi adalah sebuah program pembangunan belia MPSJ telah diadakan pada 28 Mac 2010 yang menjelajah ke Kampung Kenangan, Kampung Tengah A dan B dan Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong Selangor. Program menarik ini telah dianjurkan oleh bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan MPSJ dengan kerjasama JKP Zon 8. Antara aktiviti menarik yang turut diadakan untuk memeriahkan program berkenaan adalah perlawanan congkak, memasak Kerisik Kelapa, mengecat balairaya, berbalas pantun, menangkap ikan keli dan lain-lain.

MS