MS

Penguatkuasaan

Peruntukan undang-undang yang digunapakai dalam aktiviti penguatkuasaan adalah seperti berikut:

Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan  dan Pelupusan Sampah
(Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007

 Tong Sampah  

 UUK 6

Tidak mempunyai tong sampah yang bertutup dan diselenggarakan dalam keadaan baik.

Sampah Kawasan Industri (Tred)

UUK 12

Larangan membuang buangan perindustrian dan perdagangan di tempat yang tidak ditetapkan oleh Majlis

Tempat Awam

UUK 4

Tidak dibenarkan membuang sampah di tempat awam atau mana- mana tempat yang tidak dibenarkan oleh Majlis.

Pembakaran Terbuka

UUK 16

Larangan membakar bahan buangan dan sampah sarap tanpa kebenaran

Sampah Sarap Rumah

UUK 7

Gagal membuang sampah-sarap rumah mengikut ketetapan Majlis

 UUK 7(1)

Gagal memastikan sampah sarap isi rumah diisi dalam beg plastik dan diikat

Akta Kerajaan Tempatan, 1976 
 Sek. 69

Melakukan sesuatu kacau ganggu atau meletakkan apa-apa kekotoran dalam atau di atas tebing mana-mana anak sungai, saluran, parit awam atau lain-lain alur air. 

 Sek. 82 (5) Tidak mematuhi kehendak notis kacau ganggu bertarikh (     ) no.Siri (    ). 
Akta Jalan Parit dan Bangunan, 1974
 Sek. 47 (1)(d) Membuang atau menumpah apa-apa darah, air masin, buangan cecair kotor atau benda-benda lain yang kotor atau mengganggu dengan sesuatu cara supaya ia melurut atau masuk ke dalam sesuatu tempat awam.
 Sek. 47 (1)(e) Menjatuhkan, menumpah, atau menabur apa-apa debu, pasir, tanah kelikir, batu, rumput, rumput kering,abuk kayu, abu, sampah kebun, sampah tred, baja, sampah atau apa-apa barang lain atau benda di sesuatu tempat awam sama ada dari sesuatu kereta yang bergerak atau berhenti atau dengan apa-apa cara lain. 
Total votes: 0